KHAMIS SUCI | Khamis Suci yang dikenali juga sebagai Holy Thursday diraikan pada hari Khamis semasa Minggu Suci dalam kalendar Kristian. | UMUM | |
PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN | Perisytiharan Kemerdekaan ialah dokumen bersejarah bagi tanah jajahan British di Amerika yang mengisytiharkan kebebasan daripada pemerintahan British. Kongres Benua Kedua adalah satu perjumpaan perwakilan dari setiap tanah jajahan yang menetapkan hari perisytiharan itu pada 4 Julai 1776. Tarikh ini diraikan sebagai tarikh kelahiran Amerika Syarikat. | UMUM | |
MAULIDUR RASUL | Maulidur Rasul, ulang tahun keputeraan Rasulullah SAW, iaitu hari kebesaran Islam yang disambut selepas abad ke-3 H. Sambutan ini diraikan pada 12 Rabiulawal, dan aktivitinya berterusan sepanjang bulan tersebut. | AGAMA | Peristiwa |
BORIA | BORIA, seni pentas yang popular di Pulau Pinang. Pada masa dahulu, boria merupakan sebuah pantomim dalam perayaan Muharam yang diraikan oleh golongan Syiah Islam bagi merakamkan takziah atas peristiwa Perang Karbala dalam sejarah Islam di Timur Tengah. Walau bagaimanapun, pantomim takziah yang terdapat di Pulau Pinang pada masa itu banyak dipengaruhi oleh acara perayaan Durgapuja dari India yang dibawa oleh askar India Islam Syiah. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |