SULTAN MUHAMMAD SYAH | SULTAN MUHAMMAD SYAH ( ? -1475), Sultan Pahang yang pertama dari Melaka. Baginda ialah putera kepada Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka dan Puteri Wanang Sari atau Puteri Lela Wangsa. Baginda menjadi Sultan Pahang disebabkan peristiwa baginda membunuh Tun Besar, anak Tun Perak. Sultan Mansur Syah sendiri telah memarahi dan sesal dengan perbuatan Raja Muhammad. Atas titah Sultan Mansur Syah, Raja Muhammad telah dihantar dan dirajakan di Pahang dengan membawa gelaran Sultan Muhammad Syah. Sultan Muhammad Syah adalah Sultan Pahang yang pertama daripada keturunan Sultan Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
YAMTUAN ANTAH | YAMTUAN ANTAH ( ? -1887), Yamtuan Negeri Sembilan (1876-1887). Nama penuh baginda ialah Tunku Laksamana Antah ibn Almarhum Raja Radin. Baginda pernah memakai gelaran Alwatak birabbi-ghapur Yamtuan Tunku Antah Seri Menanti ibn Almarhum Yamtuan Raja Radin @ Almalikulmanan al-Sultan Tunku Antah ibn Almarhum Raja Radin. Baginda ialah putera Yamtuan Radin dan cucu kepada Raja Lenggang (raja yang terakhir dijemput dari Minangkabau untuk dirajakan di Negeri Sembilan). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |