PERAMPASAN | Perampasan adalah melibatkan rampasan kenderaan komersial secara paksaan atau melalui ancaman. Sejak selama beberapa tahun, trak sering dirampas dan kargo yang dibawanya dicuri. Kini, perampasan banyak melibatkan kapal terbang utama yang juga dikenali sebagai perampasan kapal terbang udara atau lanun udara. Sejak akhir tahun 1960-an perampas kapal terbang telah merampas beberapa ratus kapal terbang. Kebanyakan kes tidak melibatkan kematian. Terdapat juga kes-kes perampasan kapal terbang yang melibatkan penumpang terbunuh dan kemusnahan kapal terbang. Sesetengah negara mengenakan denda yang tegas kepada perampas kapal terbang. | UMUM | |
NEGARA-NEGARA BALTIK | Negara-negara Baltik terdiri daripada negara Estonia , Latvia dan Lithuania. Ketiga-tiga negara ini merdeka dari tahun 1918 hingga tahun 1940, apabila negara-negara ini dirampas oleh Kesatuan Soviet dan dijadikan republik Soviet. Pada tahun 1991, setiap negara itu berpecah dari Kesatuan Soviet dan mencapai kemerdekaan semula. | UMUM | |
OAK PIAGAM | Oak Piagam ialah pokok besar di Hartford, Connecticut, di Amerika Syarikat. Ia menjadi terkenal kerana kisah bahawa piagam asal Connecticut disembunyikan di situ untuk mengelakkannya daripada dirampas oleh gabenor Inggeris. | UMUM | |
PERTUBUHAN PEMBEBASAN PALESTIN | Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Pertubuhan ini merupakan wakil tunggal bangsa Arab Palestin yang berdaftar secara rasmi. Tujuan utama pertubuhan ini ialah mengembalikan bumi Palestin yang telah dirampas oleh Israel ke tangan mereka semula. Palestin merupakan tempat bersejarah yang penting kini; ia mengandungi Palestin yang telah dijajah semenjak tahun 1948 dan Tebing Barat, serta Semenanjung Gaza yang dijajah semenjak tahun 1967. | UMUM | |
FORCE 136 | FORCE 136, satu ketumbukan dan pertubuhan rahsia yang bergerak di Asia Tenggara pada masa Perang Dunia Kedua. Pasukan ini diletakkan di bawah ‘Special Operations Executive’, yang dipimpin oleh Lord Louis Mounbatten. Penubuhannya bertujuan untuk menyediakan pasukan perisik dan ketenteraan bagi membolehkan negara Asia Tenggara dirampas semula oleh Tentera Berikat dari Jepun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |