Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dirasakan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARUS LABRADOR

Arus Labrador ialah arus sejuk lautan yang

bermula di Lautan Artik. Ia mengalir di sepanjang

pantai Labrador, Kanada, sehingga ke suatu tempat

yang berhampiran dengan pulau Newfoundland

apabila ia bertemu dengan Arus Telukan. Pengaruh

Arus Labrador dirasakan di selatan sejauh New

England di Amerika Syarikat. Pelabuhan di

Labrador terhalang oleh ais selama kira-kira

setengah tahun, sebahagiannya disebabkan oleh

arus sejuk ini. Tetapi pelabuhan-pelabuhan di

Kepulauan British yang terletak pada latitud yang

sama seperti Labrador, tetap dibuka kepada

perkapalan sepanjang tahun. Pelabuhan-pelabuhan

tersebut bebas daripada ais sebahagiannya

disebabkan oleh Arus Telukan yang panas. Apabila

udara sejuk di atas Arus Labrador bertemu dengan

angin panas dan lembap di atas Arus Telukan,

kabus tebal terbentuk di luar pantai. Lihat juga

Kabut; Lautan (Bagaimana lautan bergerak).

UMUM 
TALIBUN

TALIBUN, genre puisi Melayu tradisional.  Perkataan talibun menggantikan istilah bahasa berirama yang digunakan oleh R.O. Winstedt yang dirasakan terlalu umum untuk suatu bentuk puisi yang sebenarnya mempunyai identitinya sendiri.  Dalam kamus Wilkinson, talibun bermakna `satu untai atau urutan pantun-pantun’ atau `pantun setalibun’; atau sejenis puisi yang rima akhirnya serima.  Beberapa pengkaji lain menggunakan talibun untuk pantun yang lebih daripada empat larik serangkap; misalnya yang enam, lapan, sepuluh dan seterusnya dalam serangkap.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas