| MENARA KUALA LUMPUR | Menara Kuala Lumpur ialah menara komunikasi yang tertinggi di Asia Tenggara. Menara setinggi 421 meter ini terletak di atas Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Menara ini dibina berasaskan seni bina yang menggabungkan ciri-ciri ketimuran dan kebaratan serta bersesuaian dengan kebudayaan Malaysia dan reka bentuk Islam. Menara ini telah dirasmikan pada 1 Oktober 1996 oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Menara ini dimiliki sepenuhnya oleh Menara Kuala Lumpur Sendirian Berhad (MKLSB), iaitu sebuah anak syarikat TELEKOM Malaysia. | UMUM | |
| KESATUAN AKSI MAHASISWA INDONESIA | KESATUAN AKSI MAHASISWA INDONESIA, gabungan persatuan mahasiswa di Indonesia yang menentang Gerakan 30 September 1965 (Gestapu). Kesatuan Aksi Mahasiswa Indonesia atau ringkasnya KAMI, dirasmikan pada 25 Oktober 1965 di rumah Menteri Pendidikan Tinggi waktu itu, Brig. Jen. Dr. Syarif Thayeb. Antara pemimpin yang terlibat termasuklah Cosmas Batubara, David Napitupulu, Abdul Gafur, Marsilam Simanjuntak dan Liem Bian Koen. Anggota KAMI terdiri daripada Himpunan Mahasiswa Islam, Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia, Serikat Organisasi Mahasiswa Lokal, Perhimpunan Mahasiswa Katholik Republik Indonesia, Gerakan Mahasiswa Kristen Indonesia, Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah, Serikat Mahasiswa Muslimin Indonesia dan lain-lain. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| PPMM | PPMM, Persatuan Pengajian Melayu Malaysia, salah satu daripada 23 buah pertubuhan dan institut penyelidikan yang menjadi badan kerabat Kongres Cendekiawan Melayu. Persatuan ini ditubuhkan pada 16 Oktober 1977 sebagai memenuhi salah satu revolusi yang dicapai oleh Simposium Kesarjanaan Melayu yang berlangsung pada bulan April 1977. Penubuhan persatuan ini dirasmikan oleh Dr. Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
| YAYASAN PELABURAN BUMIPUTERA | YAYASAN PELABURAN BUMIPUTERA, sebuah institusi pelaburan yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia. Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) ditubuhkan di Kuala Lumpur pada bulan Januari 1978 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Hussein Onn, pada 14 April 1978. Penubuhan yayasan ini khusus untuk menggembleng tabungan bumiputera bagi meningkatkan pemilikan ekuiti mereka dalam sektor ekonomi moden untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera. YPB melalui anak syarikat milik penuhnya, iaitu Permodalan nasional Berhad (PNB) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), menjadi alat penting bagi pelaksanaan matlamat serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum menurut fungsi ekonomi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| PERSATUAN NELAYAN KEBANGSAAN | PERSATUAN NELAYAN KEBANGSAAN, persatuan yang menggabungkan berbagai-bagai persatuan nelayan tempatan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat nelayan. Persatuan ini lebih dikenal sebagai NEKMAT. NIKMAT ditubuhkan pada 27 Oktober 1985 dan dirasmikan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pertanian Malaysia, di Lumur, Perak. Persatuan ini didaftarkan pada 30 November 1985. | BUDAYA | Persatuan |
| TANJUNG PINANG | TANJUNG PINANG, kota pelabuhan yang terletak di bahagian selatan Bintan, pulau yang terbesar di Kepulauan Riau-Lingga, Indonesia. Ia merupakan daerah terdapat di Riau dengan jumlah penduduk melebihi 100 000 orang. Kebanyakan mereka adalah pelaut Melayu dan segelintir penduduk Cina dan India. Kota ini telah dirasmikan menjadi ibu kota kabupaten. Kepulauan Riau semenjak tahun 1958. Selain menjadi pusat pentadbiran kerajaan, ia terus juga memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang-barang untuk daerah Riau-Lingga seperti masa dahulu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS | MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS, maktab perguruan melatih guru lelaki dan pencetus gerakan kebangsaan Melayu. Sebelum itu maktab ini terkenal dengan nama Sultan Idris Training College (SITC). Maktab ini ditubuhkan pada 23 November 1922 dengan mengambil nama Sultan Idris, almarhum Sultan Perak, yang memang telah menunjukkan minat yang sangat mendalam terhadap pendidikan bagi orang Melayu. Pada 29 November 1922, maktab ini telah dirasmikan oleh Sir George Maxwell, Ketua Setiausaha Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |