| TALIAN SEGERA | Talian segera ialah sistem dua hala telegraf-teleprinter yang menghubungkan Washington D.C., dengan Moscow. Talian segera ini dikenali dengan nama rasmi Direct Communications Link . Talian ini membolehkan Presiden Amerika Syarikat dan Presiden Rusia berhubung secara terus dan serta-merta apabila sesuatu krisis antarabangsa berlaku. Tujuannya ialah untuk mengurangkan risiko berlakunya peperangan disebabkan oleh salah faham. | UMUM | |