Aerobik ialah sistem riadah yang direka untuk meningkatkan bekalan dan penggunaan oksigen di dalam tubuh badan. Senaman ini termasuk berbasikal, menari, berlari-lari anak, mendayung, meluncur, berenang, dan berjalan pantas. Ramai orang mengambil bahagian dalam program aerobik untuk menambahkan ketahanan dan tenaga, serta mendapatkan dan mengekalkan berat badan yang sesuai. Senaman aerobik yang dilakukan secara tetap dapat mengurangkan risiko sakit jantung. |