Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diri I 1


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BUKAN BUNUH DIRI

BUKAN BUNUH DIRI,  drama sebabak karya Dinsman yang ditulis pada tahun 1974. Drama ini dipentaskan kali pertama di Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1975 oleh Badan Keluarga Dewan Bahasa dan Pustaka, atas arahan penulis sendiri.  Drama ini pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Rahmah Bujang bersama-sama Nur Nina Zuhra dalam jurnal <I>Malay LiteratureI> (Vol. 1, Julai, 1988) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK

ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak di Kuching, Seri Aman, Miri, Sibu, Bintulu dan Limbang. Adat perkahwinan dan peraturan kekeluargaan penduduk Melayu Sarawak tertakluk kepada Undan-undang Mahkamah Melayu Sarawak yang mula dilaksanakan pada tahun 1910 di bawah pentadbiran Majlis Islam.

1">            Perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu Sarawak terbahagi kepada lima. Pertama, ‘nikah benar’ iaitu perkahwinan yang biasa berlaku dan mengikut segala peraturan hukum dan adat yang biasa. Kedua, ‘nikah salah’ iaitu perkahwinan setelah melakukan perbuatan yang curang atau sumbang. Ketiga, ‘nyerah diri’ dan keempat, ‘ngekot’, serta kelima, ‘basuh kaki’. Nyerah diri berlaku jika lelaki menyerahkan dirinya kepada keluarga perempuan yang berada kerana tidak mampu untuk berkahwin mengikut adat. Keluarga perempuan boleh menghalau atau menolaknya secara lembut dengan mengenakan syarat yang ketat. Ngekot pula berlaku jika perempuan lari dari rumah untuk mengikut kekasihnya. Basuh kaki ialah perkahwinan yang sebahagian besar belanjanya ditanggung oleh pihak perempuan.

 

Merisik1">           Mencari jodoh dilakukan melalui keserasian antara pasangan lelaki dan perempuan. Apabila ibu bapa merasakan anak lelaki mereka sudah cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencadangkan nama beberapa orang gadis daripada saudara dekat dengan mengambil kira persamaan status dalam masyarakat. Anak lelaki dibenarkan membuat pilihannya sendiri dan pemilihannya itu diuji melalui ‘berugam’. Upacara menguji keserasian ini dijalankan oleh orang perempuan sahaja. Barang yang digunakan dalam upacara ini ialah ‘turak’ (alat penenun yang bulat), beras, tepung tawar iaitu tepung beras yang dicampur dengan limau, sirih tiga kapur dan tiga gulung rokok.

1">           

BUDAYAKonsep
RAJA LOPE RASHID

RAJA LOPE RASHID (1909-   ),  anggota Skuad Pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu. Dia lahir pada 1 Julai 1909 di Teluk Anson, Perak. Nama sebenarnya ialah Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman. Dia mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Public School, Magdalan College, Oxford, England. Raja Lope adalah seorang kerabat diraja yang terulung menceburkan diri dalam bidang ketenteraan moden tanah air. Dia adalah salah seorang daripada 25 anak Melayu yang terpilih menyertai Skuad Pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu di Port Dickson pada 1 Mac 1933. Dia juga salah seorang daripada dua anggota Kompeni Percubaan terulung yang diberikan pangkat lans koperal.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MILKUL YAMIN

Milkul Yamin merupakan istilah yang ditujukan

kepada perempuan kafir dan musyrik yang menjadi

tawanan tentera Islam. Istilah ini ada disebut dalam

al-Qur’an pada beberapa ayat seperti dalam surah

al-Mu’minun, Allah S.W.T. berfirman yang

bermaksud:

“<i>Sesungguhnya berjayalah orang-orang yangi>

<i> beriman, iaitu mereka yang khusyuk di dalam i>

<i> sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri i>

<i> dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan i>

<i> mereka yang berusaha membersihkan hartanya. Dan i>

<i> mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali i>

<i> kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka i>

<i> sesungguhnya mereka tidak tercela, kemudian i>

<i> sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, i>

<i> maka merekalah orang-orang yang melampaui batas”. i>

(<i>Surah al-Mu’minun i>23:1–7)

UMUM 
ZULKIFLI MUHAMMAD, DATO'

ZULKIFLI MUHAMMAD, Dato’,  (1927-1964), ahli politik dan penulis.  Dia lahir pada 22 Mac 1927 di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak.  Dari tahun 1946 hingga tahun 1947, Zulkifli melibatkan diri secara aktif dalam perikatan Pemuda Perak.  Dia turut bergabung tenaga bersama-sama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dalam perjuangan menentang Malayan Union.  Zulkifli melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azahar pada bulan September 1947.  Ketika di Mesir dia dipilih menjadi yang Dipertua Persekutuan Putera-Putera Melayu Semenanjung (1948-1950).   Antara tahun 1951 hingga  tahun 1952, dia dilantik menjadi penasihat persatuan tersebut. Zulkifli juga turut diberi kepercayaan untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Kesatuan Pelajar-Pelajar Putera Malaya dan Indonesia.  Dia turut melibatkan diri dalam pertubuhan pelajar yang lain seperti Pertubuhan Jamaiyyah Syukbanul Muslimin.

1">           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
CIUNG WANARA

CIUNG WANARA, salah satu cerita pantun yang dianggap keramat oleh masyarakat Sunda, terutama daerah Galuh-Ciamis, di samping <I style="mso-bidi-font-style: normal">Lutung KasarungI> dan<I style="mso-bidi-font-style: normal"> Mundinglaya di Kusumah.I> Tidak ada seorang pun jurupantun yang berani mengisahkannya, kecuali mereka sudah ‘membersihkan diri’ dan memohon perkenan daripada nenek moyang mereka. Cerita pantun <I style="mso-bidi-font-style: normal">Ciung WanaraI> telah disusun kembali oleh Ajip Rosidi dan diterbitkan pada tahun 1972 oleh Pustaka Jaya, Indonesia.

1">        

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
CERITA DARI BLORA

CERITA DARI BLORA, kumpulan cerpen Pramoedya Ananta Toer yang diterbitkan pada tahun 1952. Kumpulan ini mengandungi 11 buah cerpen yang hampir kesemuanya dihasilkan oleh Pramoedya pada tahun 1950, iaitu setelah beberapa bulan dia dibebaskan daripada tahanan. Dalam kata pengantarnya, H.B. Jassin menyatakan bahawa kesedaran yang terdapat pada diri pengarang, mendorongnya mencipta dan mengabadikan sesuatu sebagai kenang-kenangan kepada yang tinggal. Selain itu, terdapat unsur-unsur pengalaman dan kenangan autobiografi dalam kumpulan ini yang dapat dilihat melalui latar belakang sejarah dan kemasyarakatan yang begitu luas.

1">           

SASTERAKarya
SUT ANGKASA

Sut angkasa ialah pakaian khas yang digunakan oleh angkasawan semasa berada di angkasa bagi melindungi diri mereka daripada persekitaran angkasa. Pakaian ini mempunyai sistem sokongan hayat bagi melindungi angkasawan dari <I style="mso-bidi-font-style: normal">extravehicular activitiesI> (EVA). EVA adalah aktiviti yang dilakukan oleh angkasawan di luar kapal angkasa semasa berada di angkasa lepas. Pada pakaian ini juga terdapat sistem tekanan dalaman sebesar 0.35-1 kg/cm² yang mempunyai bekalan oksigen bagi pernafasan angkasawan, sistem telekomunikasi, dan sistem penyejuk bagi tujuan keselesaan.

 

FIZIKAlat/Alatan
BOKOR HUTASUHUT

BOKOR HUTASUHUT  (1934-     ), penulis Indonesia.  Dia lahir pada 2 Jun 1934 di Balige, Sumatera Utara, Indonesia.  Pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Atas Medan pada tahun 1956 (tamat Kelas Dua).  Dia pernah menjadi redaktur kebudayaan majalah <I>Waktu I> dan <I>Pelangi I> di Medan (1955-1962).  Kemudian dia dilantik sebagai Setiausaha Yayasan Sastra (1963-1966).  Ketika berlangsungnya Konperensi Kaeyawan Pengarang Se-Indonesia di Jakarta (1-7 Mac 1964), Bokor telah dilantik sebagai setiausaha agung.  Bokor mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1950-an.  Bagaiamapun, dia hanya produktif berkarya selama lebih kurang dua dekad sahaja iaitu hingga akhir tahun 1960-an atau awal tahun 1970-an.  Karya-karyanya terutama cerpen sering tersiar dalam majalah <I>Kisah, Mimbar, Indonesia, Konfontasi, Cerita, Siasat dan Sastra.I>  Kumpulan cerpennya yang diterbitkan ialah <I> Datang Malam I>(1963).  Sedangkan novelnya pula ialah <I>Penakluk Ujung DuniaI> (1964) dan <I>Tanah KesayanganI> (1965).  Cerita bersirinya yang berjudul <I>Pantai BaratI> menerima Hadiah Kedua majalah <I>Sastra I> (1963) dan diterbitkan sebagai sebuah novel pada tahun 1988.

SASTERATokoh

Kembali ke atas