| SERIGALA JADIAN | Serigala jadian, menurut kepercayaan tahayul, ialah orang yang menukar dirinya menjadi serigala. Dalam bahasa Inggeris, perkataan werewolf berasal daripada istilah Inggeris Lama, iaitu werwulf , yang bermaksud serigala-manusia . Serigala jadian terdapat dalam kebanyakan cerita lama. Dalam beberapa cerita, ia menukar dirinya menjadi serigala dengan menyarung kulit serigala ke badannya, dengan meminum air daripada kesan tapak kaki serigala, atau dengan menyapu salap ajaib pada tubuhnya. Dalam cerita lain pula, manusia ditukar menjadi serigala jadian oleh kuasa sakti orang lain. | UMUM | |
| SMYTHE, PAT | Smythe, Pat (1928–1996) membuktikan dirinya sebagai salah seorang ahli menunggang kuda wanita dan penunggang pertandingan lompat kuda yang terbaik di United Kingdom (UK). Pada tahun 1949, dia meraih gelaran penunggang pertandingan lompat kuda tahun tersebut. Pada tahun 1962, dia memenangi Saddle of Honour di Pertandingan Lompat Kuda Diraja Antarabangsa. Pat Smythe lahir di East Sheen, Surrey. Dia mula menunggang kuda ketika berusia empat tahun. Dia memenangi beberapa roset dengan menunggang Finality dalam Pertandingan Lompat Kuda Antarabangsa di Stadium White City; London pada tahun 1947. Ketika itu dia berusia 18 tahun. Kudanya yang lain termasuklah Tosca, Prince Hal dan Flanagan. Pada tahun 1963, dia berkahwin dan menggunakan nama Patricia Rosemary Koechlin. | UMUM | |
| NAPOLEON I | Napoleon I (1769–1821), juga dikenali sebagai Napoleon Bonaparte, dan memahkotakan dirinya sendiri sebagai Maharaja Perancis. Napoleon merupakan genius terulung dalam ketenteraan pada zaman tersebut dan mungkin jeneral yang teragung dalam sejarah. Napoleon membentuk empayar yang hampir meliputi keseluruhan barat dan tengah Eropah. | UMUM | |
| AUTOBIOGRAFI | Autobiografi adalah satu jenis penulisan biografi. Dalam autobiografi penulis menceritakan riwayat hidup dirinya sendiri. Autobiografi menceritakan keadaan hidup peribadi orang yang menarik kepada pembaca. Ia juga memberikan maklumat oleh pemerhati sebenar tentang peristiwa sejarah atau cerita oleh orang yang membantu mencipta sesuatu peristiwa. Sesetengah orang menggunakan autobiografi untuk menerangkan atau mewajarkan tindakan dalam hidup mereka. Sesetengah autobiografi diilhamkan oleh perasaan nostalgia yang berkaitan dengan zaman silam penulis. Yang lainnya pula ditulis oleh orang masyhur yang berasa bahawa mereka boleh memperoleh wang dari minat orang ramai yang ingin tahu tentang kehidupan mereka. | UMUM | |
| DU FU | Du Fu (712–770) merupakan salah seorang penyair Agung China. Dia menamakan dirinya Zi Mei. | UMUM | |
| REMORA | Remora ialah ikan yang mempunyai penyedut di atas kepalanya yang digunakan untuk melekatkan dirinya pada haiwan laut yang lebih besar. Remora hidup di laut panas hingga ke laut tropika. Panjangnya kira-kira 15 sentimeter hingga 110 sentimeter. | UMUM | |
| PUNCA KUASA DUA | Punca kuasa dua bagi sesuatu nombor ialah nombor kedua yang jika didarabkan dengan dirinya sendiri akan menghasilkan nombor yang asal. Misalnya, punca kuasa dua bagi 4 ialah 2, kerana 2 X 2 = 4. Simbol untuk punca kuasa dua, dikenali sebagai tanda radikal , √ . Misalnya √ 25 = 5 dan √ 4 = 2. Nombor negatif –2, juga merupakan punca kuasa dua bagi 4, kerana –2 X –2 = 4. Setiap nombor yang positif mempunyai punca kuasa dua positif dan negatif. Kedua-dua punca kuasa dua ini selalunya mempunyai nilai nombor yang sama. | UMUM | |
| KUASA | Kuasa dalam aritmetik ialah hasil sesuatu nombor yang didarab dengan dirinya sendiri sebanyak beberapa kali yang dikehendaki. | UMUM | |
| PERTEMPURAN TOWTON | Pertempuran Towton (1461) merupakan pertempuran penentuan dalam Perang Ros. Edward, Earl of March, telah mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Edward IV England selepas kematian bapanya, Richard of York, dalam Pertempuran Wakefield. | UMUM | |
| PSIKOLOGI KLINIKAL | Psikologi klinikal ialah kajian saintifik, diagnosis dan rawatan terhadap orang yang mengalami masalah psikologi untuk menyesuaikan dirinya sendiri dengan keadaan persekitarannya. Ahli psikologi klinikal menangani tingkah laku normal dan abnormal. Mereka menjalankan dan mentafsir ujian psikologi, dan membantu dalam diagnosis serta rawatan bagi gangguan mental. Mereka juga mengkaji struktur dan perkembangan personaliti. | UMUM | |