Saman ialah perintah yang dihantar oleh seorang pegawai mahkamah. Saman memberitahu orang yang namanya tercatat dalam dokumen tersebut bahawa satu aduan telah dibuat, dan orang berkenaan mesti datang ke mahkamah untuk memberi keterangan. Surat saman mungkin digunakan untuk kesalahan jalan raya atau kesalahan kecil yang lain tanpa perlu dibuat tangkapan. Sekiranya orang yang disaman tidak hadir di mahkamah, maka mahkamah boleh memerintahkan orang tersebut ditangkap. |