Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disanjungi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MIKADO

Mikado ialah gelaran Maharaja Jepun pada masa

silam. Istilah ini digunakan juga oleh orang-orang

asing. Istilah ini asalnya ialah perkataan Jepun yang

bermaksud pintu yang disanjungi. Penggunaan

istilah memperlihatkan sanjungan orang Jepun

terhadap pemerintah mereka. Selepas tamadun Cina

sampai ke Jepun pada tahun 500-an M., orang Jepun

mula menggelar maharaja mereka Tenno, yang

bermaksud Maharaja dari Syurga. Maharaja tidak

dipanggil dengan namanya sendiri. Maharaja dan

pemerintahan mereka pada masa kini dikenali

dengan nama yang dipilih khas untuk mereka.

Maharaja Hirohito dikenal dengan nama Tenno

Showa atau Maharaja Showa.

UMUM 
BORG, BJÖRN

Borg, Björn (1956– ), menjadi salah seorang

pemain tenis terkemuka dalam sejarah permainan

tenis. Borg merupakan satu-satunya pemain dalam

sejarah tenis moden yang memenangi acara

perseorangan lelaki di kejohanan All-England

(Wimbledon) sebanyak lima kali berturut-turut. Dia

memenangi kejohanan ini, iaitu kejohanan yang

paling disanjungi di dunia, pada tahun 1976, 1977,

1978, 1979, dan 1980.

UMUM 

Kembali ke atas