POLIGON | Poligon ialah rajah satah yang disempadani oleh segmen garis yang dikenali sebagai sisi . Jumlah panjang semua sisi pula ialah perimeter . Sudut yang terbentuk oleh sisi adalah sudut poligon, manakala titik pertemuan semua sisinya ialah verteks poligon tersebut. Poligon yang mempunyai tiga sisi dikenali sebagai segi tiga; empat sisi, segi empat; lima sisi, pentagon; enam sisi, heksagon; tujuh sisi, heptagon; lapan sisi, oktagon; sembilan sisi dikenali sebagai nonagon; sepuluh sisi, dekagon; sebelas sisi, hendekagon; dan dua belas sisi, dodekagon. | UMUM | |
POLIHEDRON | Polihedron ialah sesebuah bentuk padu yang disempadani oleh empat atau lebih permukaan rata yang dikenali sebagai sisi . Setiap sisi polihedron adalah satu poligon. Bahagian tepi poligon ini membentuk sempadan polihedron. Titik pertemuan kesemua sempadan ini dikenali sebagai bucu atau verteks . Contoh polihedron termasuklah kiub dan piramid. | UMUM | |
NORTH WEST | North West ialah satu daripada sembilan provinsi di Afrika Selatan. Ia disempadani oleh Botswana di utara. Provinsi ini ditubuhkan pada 27 April 1994. Ia termasuk bahagian bekas provinsi Transvaal dan Cape dan kebanyakan bekas tanah air Bophuthatswana . Mmabatho ialah ibu provinsi North West. Bandar utama dan pekannya adalah Mafikeng, Kelrksdorp, Potchefstroom, dan Rustenburg. | UMUM | |
NEW SOUTH WALES | New South Wales ialah negeri yang terletak di tenggara Australia. Ia disempadani oleh Queensland di utara, Lautan Pasifik di timur, Victoria di selatan, dan Australia Selatan di barat. New South Wales mempunyai tiga bandar utama – Sydney, Newcastle, dan Wollongong. Lebih separuh penduduk negeri itu tinggal di Sydney. | UMUM | |
NEW FOREST | New Forest ialah daerah berhutan yang terletak di selatan Hampshire, England. Ia disempadani oleh Sungai Avon dan Perairan Southampton, dan keluasannya ialah kira-kira 360 kilometer persegi. | UMUM | |
SLOVAKIA | Slovakia ialah sebuah negara di tengah Eropah yang mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1993. Negara ini disempadani Poland di sebelah utara, Ukraine di timur, Hungary di selatan, dan Austria serta Republik Czech di barat. Dari tahun 1918 hingga 31 Disember 1992, Slovakia dan Republik Czech merupakan rakan dalam negara yang lebih besar, iaitu Czechoslovakia. Kerajaan komunis mengambil alih tampuk pemerintahan Czechoslovakia dari tahun 1948 hingga tahun 1989. | UMUM | |
REPUBLIK ARAB MESIR, SEJARAH. | Republik Arab Mesir, Sejarah. Mesir ialah negara yang terletak di Timur Laut Afrika. Ia disempadani oleh Laut Merah di Timur, Laut Mediterranean di Utara, gurun Libya di Barat dan Sudan di Selatan. Sungai Nil merupakan nadi kehidupan di Mesir. | UMUM | |
TELUK | Teluk ialah sebahagian daripada laut, tasik, atau kumpulan air yang sama yang membentuk satu lekuk di garis pesisir dan disempadani oleh tanjung atau tanjung tinggi. Teluk biasanya terjadi apabila paras air bagi sesuatu kumpulan air naik melebihi paras tanah yang bersebelahan dan menenggelamkannya. | UMUM | |
PERLIS | Perlis , negeri terkecil yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Negeri Perlis pada asalnya adalah salah sebuah jajahan Kesultanan Kedah. Ketika itu Perlis disempadani oleh Setul (Thailand), Songkhla ( Thailand) dan Kubang Pasu (Kedah). Perlis adalah sebuah negeri pertanian | UMUM | |
TASIK TANGANYIKA | Tasik Tanganyika, di timur tengah Afrika, merupakan tasik air tawar terpanjang di dunia dan yang kedua paling dalam. Hanya Tasik Baikal, di Rusia, yang lebih dalam. Tasik ini disempadani oleh Burundi dan Tanzania di sebelah timur dan oleh Zaire dan Zambia di sebelah barat. Panjangnya Tasik Tanganyika ialah 680 kilometer dan, di tempat yang paling dalam ialah 1435 meter. | UMUM | |