| PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM | Pertubuhan-pertubuhan Islam ialah pertubuhan yang disertai oleh seluruh atau sebahagian negara-negara Islam. Di antaranya: | UMUM | |
| TALMUD | Talmud ialah koleksi undang-undang agama dan sivil orang Yahudi yang disertai dengan terjemahan ilmiah. Ia adalah hasil penulisan kedua yang dianggap suci dan berpengaruh di kalangan orang Yahudi, selepas kitab Bible . Agama Yahudi menganggap mempelajari Talmud secara sepenuh masa adalah antara amalan yang paling mulia. | UMUM | |
| MISTERI | Misteri ialah upacara secara sulit yang diadakan dalam upacara keagamaan. Ia hanya boleh disertai atau disaksikan oleh ahli atau orang yang ingin menyertai kumpulan yang mengamalkannya. Misteri telah menjadi sebahagian daripada kebanyakan agama. Misteri pada zaman awal begitu dirahsiakan sehingga pengetahuan tentangnya adalah tidak lengkap. | UMUM | |
| PERTUBUHAN-PERTUBUHAN NEGARA TELUK | Pertubuhan-pertubuhan Negara Teluk adalah yayasan, majlis, perbadanan atau agensi yang disertai oleh negara-negara Teluk. Antaranya ialah: | UMUM | |
| KOMIK | Komik ialah siri kartun yang mengisahkan sebuah cerita. Komik mungkin berupa lukisan bergambar yang disertai ayat. Perkataan komik juga bermaksud majalah, biasanya untuk kanak-kanak, yang mengandungi lukisan gambar dan bahagian- bahagian lain. | UMUM | |
| KELUMPUHAN | Kelumpuhan ialah kehilangan upaya untuk bergerak. Ia mungkin bersifat separa atau menyeluruh dan sementara atau kekal. Keadaan ini boleh melibatkan otot di mana-mana bahagian tubuh. Dalam banyak kes, kelumpuhan juga disertai kehilangan deria di bahagian tubuh yang terlibat. | UMUM | |
| PERANG VIETNAM | Perang Vietnam ialah konflik besar yang berlaku di Asia Tenggara. Perang itu bermula daripada perang saudara untuk menentukan kerajaan Vietnam. Ia akhirnya menjadi konflik antarabangsa yang besar, melibatkan Amerika Syarikat dalam peperangan yang paling lama pernah disertai oleh rakyat Amerika. Ia bermula pada tahun 1957 dan berakhir pada tahun 1975. Vietnam , sebuah negara kecil di Asia Tenggara, telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Vietnam Utara yang diperintah oleh kerajaan komunis dan Vietnam Selatan yang diperintah oleh kerajaan bukan komunis. Vietnam Utara dan pemberontak Vietnam Selatan yang dilatih oleh pihak komunis bertempur bersama-sama untuk menguasai Vietnam Selatan. Tentera Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan cuba menghalang mereka tetapi gagal. | UMUM | |
| SUKAN PARALIMPIK | Merupakan sukan terbesar yang melibatkan penyertaan atlet kurang upaya dengan pelbagai acara yang dipertandingkan. Ia diadakan di tempat dan tahun yang sama berlangsungnya Sukan Olimpik. Sukan ini pertama kali dianjurkan pada tahun 1948 oleh Sir Ludwig Guttman dan ia dikenali sebagai Stroke Mandeville Games. Sukan ini pada awalnya dinamai demikian kerana ia disertai oleh veteran Perang Dunia Kedua yang mengalami kecederaan pada tulang belakang. Badan antarabangsa yang mengawal selia sukan ini ialah International Paralympic Committee (IPC). Di Malaysia‚ ia dipertanggungjawabkan kepada Majlis Paralimpik Malaysia (Malaysian Paraliympic Council ) | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
| DEWAN BURGESS | Dewan Burgess ialah sebuah badan perwakilan perundangan yang pertama di Amerika dan mana-mana tanah di jajahan Inggeris. Ia bersidang buat kali pertamanya di Jamestown, dahulunya ibu negeri Virginia, pada 30 Julai 1619. Gabenor Sir George Yeardley mengadakan mesyuarat tersebut, dan disertai oleh dua warganegara atau burgess dari setiap 11 borough (subbahagian) Virginia. | UMUM | |
| LIBERIA | Liberia ialah sebuah negara di pantai barat Afrika. Ia merupakan negara merdeka yang kedua tertua di dunia yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada warganegara kulit hitam. Negara merdeka yang tertua ialah Haiti. Liberia ditubuhkan pada tahun 1822 oleh hamba abdi yang telah dibebaskan dan dihantar ke sini oleh masyarakat penjajah di Amerika Syarikat. Hamba abdi yang dibebaskan ini disertai oleh hamba abdi lain yang dibebaskan daripada kapal hamba abdi yang menuju ke Amerika Syarikat. Nama Liberia berasal daripada perkataan Latin yang bermakna Tanah Bebas. | UMUM | |