TAMAN NEGARA | Taman negara ialah kawasan yang disimpan oleh kerajaan sesebuah negara untuk melindungi keindahan alam semula jadi, hidupan liar atau ciri-ciri luar biasa yang lain. Taman negara juga melindungi kawasan-kawasan yang penting dari segi budaya, sejarah, atau sains. Sesetengah taman melindungi keseluruhan persekitaran seperti terumbu karang, padang pasir, padang rumput, banjaran gunung, atau hutan hujan. | UMUM | |
TAKUNGAN AIR | Takungan air ialah suatu tempat air disimpan dalam jumlah yang banyak untuk tujuan pengairan, penjanaan kuasa elektrik, pembekalan air dan rekreasi. Sesebuah takungan air mungkin semula jadi atau dibina oleh manusia. Tasik semula jadi mungkin dijadikan tempat takungan air yang membekalkan air untuk beberapa buah bandar. | UMUM | |
NEKROLOGI | Nekrologi ialah rekod kematian, terutamanya yang disimpan oleh gereja. Biasanya ia menunjukkan hari, bulan, dan tahun kematian. Nekrologi juga merupakan senarai nama orang yang meninggal dunia dalam masa tertentu. Ia juga merupakan notis obituari. | UMUM | |
APULEIUS, LUCIUS | Apuleius, Lucius (125?–170? M.), menulis satu- satunya novel yang disimpan sepenuhnya dalam bahasa Latin kuno, Metamorphoses atau Transformations . Novel itu juga dikenali sebagai The Golden Ass . Novel ini menceritakan pengembaraan seorang pemuda bernama Lucius yang telah bertukar menjadi seekor keldai dengan tidak sengaja. Dia dikembalikan menjadi manusia oleh dewi Mesir, Isis. Novel ini memuatkan beberapa cerita pendek, yang paling terkenal antaranya ialah cerita Cupid and Psyche (lihat Psyche ). | UMUM | |
ACTH | ACTH ialah kependekan bagi bahan kimia adrenocorticotrophic hormone (hormon adrenokortikotrofik). Hormon ini dihasilkan, disimpan dan dilepaskan ke dalam darah oleh kelenjar pituitari, organ sebesar kacang pis yang terletak di pangkal otak. ACTH diperlukan untuk pertumbuhan dan fungsi yang normal bagi kelenjar adrenal, dua organ yang terletak di atas ginjal. ACTH merangsang kelenjar adrenal untuk mengeluarkan pelbagai hormon, termasuk kumpulan yang dikenali sebagai glukokortikoid. Glukokortikoid mengawal penggunaan makanan yang dihadam dan membantu badan menyesuaikan diri dengan tekanan. | UMUM | |
CHIPMUNK | Chipmunk ialah haiwan kecil, berjalur yang hidup dalam lubang dalam tanah di Asia dan Amerika Utara. Chipmunk memakan biji-bijian dan kekeras yang dipungut dan disimpan dalam lubangnya. | UMUM | Umum |
TEMPOYAK | TEMPOYAK, pekasam yang dibuat daripada isi durian dicampur garam. Isi durian yang dicampur garam boleh disimpan selama tiga hingga empat minggu untuk dimakan sebagai tempoyak. Jika hendak disimpan lama lebih banyak garam perlu dicampur. Tempoyak harus disimpan di dalam bekas yang bersih dan kedap udara. | BUDAYA | Konsep |
KEKABUH BIJIAN | Kekabuh bijian ialah kumbang kecil berwarna gelap yang memusnahkan bijian. Spesies kekabuh bijian yang paling dikenali ialah kekabuh jelapang biasanya, yang menyerang bijian yang disimpan dalam jelapang; dan kekabuh padi yang sering menyerang beras dan biji-bijian lain di ladang. | UMUM | |
SUSU PEKAT | Susu pekat ialah susu yang telah dipasteurkan dan dipekatkan. Ia dibuat dengan menyejatkan air daripada susu untuk mengurangkan isi padu susu sebanyak setengah susu. Susu ini tidak disteril, dan mesti disimpan dalam peti sejuk untuk mencegahnya daripada rosak. Susu pekat adalah sumber protein, kalsium, dan vitamin B2 yang baik. | UMUM | |
LEMPUK | LEMPUK, sejenis makanan yang diperbuat daripada durian yang dimasak dengan gula sehingga hancur dan pekat. Lempuk dibungkus ketat dalam bekas upih dan boleh disimpan lama. Lempuk ini, jika disediakan dengan bersih dan duriannya yang tidak dicemari ulat atau cendawan, boleh disimpan berbulan-bulan. | BUDAYA | Makanan |