LILAC | Lilac ialah pokok renek yang cantik yang disukai di seluruh dunia kerana bunganya wangi. Lilac biasa dari tenggara Eropah tumbuh setinggi enam meter dan mempunyai dahan yang merimbun dipenuhi bunga. Daunnya yang hijau lebih kurang 13 sentimeter panjangnya. Bunganya yang putih atau ungu tumbuh bergugus yang mungkin sepanjang 25 sentimeter. | UMUM | |
OREN | Oren ialah buah-buahan sitrus yang popular yang disukai oleh penduduk di seluruh dunia. Buah oren dinilai kerana jusnya yang enak dan kandungan vitaminnya yang tinggi. Buah ini merupakan sumber vitamin C yang terbaik dan juga mengandungi vitamin A dan beberapa vitamin B. | UMUM | |
KOPI | Kopi minuman yang dibuat daripada biji kopi yang dipanggang dan dikisar. Ia merupakan minuman panas yang disukai hampir di seluruh dunia. | UMUM | |
RASA | Rasa ialah deria yang penting pada manusia dan banyak haiwan. Rasa makanan membantu menentukan apa dan berapa banyak yang kita makan. Kita boleh menolak makanan yang rasanya tidak disukai dan akibatnya diet kita mungkin tidak seimbang. Deria rasa kita dipengaruhi oleh bau benda. Apabila kita mendapat selesema dan hidung kita tersumbat, sesetengah makanan mungkin sama rasanya (lihat Bau ). Makanan hendaklah lembap untuk dirasa. Jika lidah dan makanan adalah kering, makanan tidak mempunyai rasa. | UMUM | |
SAND, GEORGE | Sand, George (1804–1876) ialah nama pena Amantine-Aurore-Lucile Dupin, seorang penulis wanita Perancis pada tahun 1800-an. Karyanya dikagumi oleh para penulis agung zamannya. Tulisan Sand sudah tidak lagi disukai selepas dia meninggal dunia dan dia dikenang hanya kerana cara hidupnya serta percintaannya yang mengejutkan dengan penggubah Frédérick Chopin dan penyair Alfred de Musset. Dia melanggar tatasusila sosial dengan menghisap cerut dan memakai pakaian lelaki. Semenjak gerakan wanita muncul pada pertengahan tahun 1900- an, karya Sand telah dijumpai semula dan dia menarik perhatian yang kritis sebagai novelis dan penulis autobiografi. | UMUM | |
MENGAIT | Mengait ialah satu kaedah membuat kain dengan menggelungkan benang di sekeliling jarum mengait dengan yang lain menggunakan satu atau lebih jarum mengait. Kebanyakan daripada pakaian yang dipakai, dibuat dengan mengait, termasuklah baju panas, sarung kaki, skaf, dan topi. Pakaian berkait disukai kerana pakaian tersebut dapat meregang dan kembali semula kepada bentuknya yang asal. Kain berkait dapat dibentuk untuk mencipta barangan seperti hiasan dinding. Mengait juga dapat menghiasi bentuk serat lain yang dibuat melalui kaitan, makram, dan tenunan. Mengait boleh dilakukan dengan tangan atau mesin. Rencana ini menghuraikan tentang kaitan tangan. Lihat juga Mesin mengait; Tekstil (Kain yang dikait). | UMUM | |
SETTER IRELAND | Setter Ireland atau yang sering dikenali sebagai setter merah, ialah anjing yang menarik, yang bulunya berwarna merah keperangan. Bulunya berwarna merah atau merah dengan tanda-tanda putih pada dahi, dada dan kaki. Setter Ireland merah ialah setter yang biasa didapati. Di sesetengah negara, setter berbulu merah lebih disukai untuk pertunjukan anjing. Di Ireland, tempat asal baka setter Ireland, tiada warna kegemaran untuk pertunjukan anjing. | UMUM | |
SERVETUS, MICHAEL | Servetus, Michael (1511–1553), doktor dan ahli teologi Sepanyol. Huraiannya tentang peredaran pulmonari dianggap sebagai satu laluan klasik dalam ilmu fisiologi. Dia lahir di Tudela, Sepanyol, dan belajar ilmu perubatan di Paris. Dia menjadi pensyarah di Paris dan kemudian mengamalkan bidang perubatan di beberapa bandar di Perancis. Servetus tidak disukai oleh pihak berkuasa gereja Katolik Roman dan juga Protestan. John Calvin secara khususnya, mengecam Servetus kerana enggan bersetuju dengan doktrin yang telah diterima umum. Servetus akhirnya dibicarakan, dituduh sebagai seorang penyeleweng agama, dan dibakar di sebuah pancang di Champel, Switzerland . | UMUM | |
BADIK | BADIK, sejenis senjata pendek. Badik dapat digunakan untuk menikam, menyembelih, memotong daging dan merincih sayur-sayuran. Badik dikatakan senjata yang paling disukai oleh bangsa Melayu dan dipercayai berasal dari Sumatera dan Jawa. Walau bagaimanapun, kebanyakan badik di negara ini dibuat di Kelantan, Terengganu dan Perak. Walau demikian, ada juga badik dari Negeri Sembilan, Melaka dan juga negeri lain di Semenanjung Malaysia. | BUDAYA | Konsep |
BULFINCH, THOMAS | Bulfinch, Thomas (1796–1867) ialah penulis Amerika yang menjadi terkenal kerana penceritaan semula yang disukai ramai tentang mitos dan legenda untuk golongan muda. | UMUM | |