| MINYAK SERAI WANGI | Minyak serai wangi ialah minyak kuning pucat yang dibuat daripada rumput serai wangi. Serai wangi tumbuh di China, Guatemala, Indonesia, Malaysia, Sri Lanka, Taiwan, dan negara-negara lain. Minyak serai wangi mengandungi citronellal dan geraniol. Kedua-dua bahan ini mempunyai takat didih yang berbeza, dan ia terasing daripada serai wangi apabila minyak ini disuling. Minyak serai wangi digunakan untuk membuat ramuan minyak wangi sintetik. Geraniol berbau seperti bau ros dan digunakan dalam pembuatan minyak wangi. | UMUM | |
| ASETON | Aseton ialah bahan kimia industri yang penting. Kegunaan utamanya ialah dalam pembuatan sebatian lain. Pengeluaran aseton secara komersial dibuat daripada isopropil alkohol, dengan menggunakan pemangkin seperti loyang atau tembaga. Jagung dan lain-lain bahan berkanji juga merupakan sumber aseton. Untuk mendapatkan aseton, bahan ini ditapai dengan bakteria khusus kemudian disuling. | UMUM | |
| NAFTA | Nafta ialah mana-mana cecair yang hanya terdiri daripada atom hidrogen dan karbon yang mendidih di bawah 200°C. Nafta yang diperoleh semasa penapisan petroleum dicampurkan untuk membuat petrol. Sesetengah jenis nafta digunakan untuk melarutkan getah dan untuk mencairkan cat dan varnis. Yang lain digunakan sebagai bahan pembersih dan sebagai bahan dalam pembuatan gas artifisial. Nafta boleh dihasilkan apabila tar batu arang, iaitu bahan melekit yang dibuat daripada batu arang lembut disuling. Nafta tar batu arang digunakan sebagai bahan pelarut dan dalam pembuatan rebin sintetik (artifisial). Nafta tulen mudah meletup apabila terdedah kepada api. | UMUM | |
| TEBU | Tebu ialah tumbuhan rumput yang tinggi, yang tumbuh di negara-negara tropika dan separa tropika. Tebu terdiri daripada batang yang tegap setinggi lima hingga sembilan meter dan diameternya kira-kira lima sentimetar. Batang ini mengandungi jus bergula yang daripadanya dibuat gula dan molas. Serat tumbuhan yang tinggal selepas jus diekstrak biasanya dibakar sebagai bahan api untuk menjana elektrik. Serat ini juga boleh digunakan untuk membuat papan serat dan kertas. Apabila tebu diperah dan ditapai, ia menghasilkan cecair yang disuling untuk membuat etanol, iaitu alkohol biasa yang kadangkala digunakan sebagai bahan api untuk kenderaan bermotor. | UMUM | |