EJAAN UNIVERSITI MALAYA | EJAAN UNIVERSITI MALAYA, sistem ejaan yang disusun oleh Asmah Haji Omar, Sistem ejaan ini disusun untuk kegunaan ahli Universiti Malaya dalam bidang pentadbiran serta pelajaran kerana memenuhi Dasar Bahasa 1970 yang menetapkan bahawa semua urusan akan dijalankan dalam bahasa Malaysia. Sistem ini mula dilaksanakan di universiti Malaya pada 1 Januari 1971.
| BAHASA | Bahasa |
MUZIK | Muzik ialah bunyi yang disusun dalam pola yang menyenangkan ataupun menarik. Muzik menjadi bahagian penting dalam banyak kegiatan kebudayaan dan sosial. Manusia menggunakan muzik untuk menyatakan perasaan dan idea. Muzik juga digunakan untuk berhibur dan bersantai. | UMUM | |
AYAT | Ayat ialah satu siri kata yang disusun menjadi unit yang bermakna. Ia bermula dengan huruf besar dan berakhir dengan tanda baca – tanda titik, tanda tanya, atau tanda seru. Dalam bahasa Inggeris, ayat yang lengkap dari segi tatabahasanya terdiri daripada kumpulan kata yang bebas, yang mempunyai subjek dan predikat. Predikat mestilah termasuk kata kerja finitum . Kata kerja itu, berserta subjek, boleh membentuk ayat – contohnya, The lightning flashed. | UMUM | |
SINTAKSIS | Sintaksis ialah pemerian tentang cara kata disusun untuk membentuk ayat. Sintaksis memerikan tertib subjek dan kata kerja, kedudukan kata bantu dan objek, dan kaitan penerang dengan kata yang diterangkannya. Lihat Ayat. Tertib kata tidak sama dalam semua bahasa. Dalam bahasa Inggeris kita katakan “I gave Jim the ball”. Dalam bahasa lain, tertibnya mungkin “I the ball Jim gave”. Apabila kita menyusun kata dalam tertib yang betul, kita boleh menyatakan makna yang kita maksudkan. Ayat “I was shown a book in black leather by the clerk” mempunyai makna yang berbeza daripada ayat “I was shown a book by the clerk in black leather”, maknanya telah berubah kerana sintaksisnya berubah. | UMUM | |
KAMUS | Kamus ialah buku yang mengandungi senarai perkataan terpilih yang disusun mengikut abjad. Ia menerangkan makna perkataan dan memberi maklumat tentangnya. | UMUM | |
KARILON | Karilon ialah seperanggu 23 buah atau lebih loceng tidak bergerak yang disusun untuk memainkan muzik. Loceng ini berbeza-beza saiznya, iaitu berdiameter antara sembilan sentimeter dan berat 3.2 kilogram hingga berdiameter 31 meter dan berat 18 tan metrik. | UMUM | |
EJAAN RUMI ZA'BA | EJAAN RUMI ZA’BA, sistem ejaan Rumi yang disusun untuk bahasa Melayu oleh Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) dan telah dimuatkan dalam buku Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) yang diterbitkan pada tahun 1949. Sistem ejaan ini juga telah dihuraikan dengan panjang lebar dalam buku Pelita Bahasa Melayu oleh penyusun yang sama. Nama asal bagi sistem ejaan ini ialah “Petua-Petua Ejaan Rumi” dan sempena nama penyusunnya, sistem ini dikenal dengan nama Sistem Ejaan Rumi Za’ba.
| BAHASA | Bahasa |
PERPUSTAKAAN BERGERAK | Perpustakaan bergerak ialah kenderaan bergerak seperti bas atau van yang dipenuhi rak yang disusun dengan buku-buku atau bahan-bahan lain. Ia digunakan sebagai perpustakaan yang memberi pinjaman buku kepada masyarakat tempatan. Perpustakaan awam lazimnya menggunakan perpustakaan bergerak sebagai satu cara untuk meluaskan perkhidmatannya. | UMUM | |
TIANG | Tiang adalah unsur seni bina yang tegak bebas. Apabila digunakan untuk tujuan struktur, tiang kerap disusun berderet untuk membolehkan ketebalan dinding dikurangkan dengan menyokong berat dari atas. Sesetengah tiang yang didirikan untuk tujuan hiasan atau peringatan, merupakan satu sahaja. Tiang dibina daripada pelbagai bahan termasuk kayu, batu, bata, logam dan konkrit. | UMUM | |
TATABAHASA | Tatabahasa ialah satu set prinsip yang dengannya bahasa berfungsi. Tatabahasa menjadi panduan cara perkataan boleh disusun dan diubah supaya kita boleh berkomunikasi dengan mudah dan tepat. Semua bahasa tidak berfungsi dengan cara yang sama. Bahasa Latin amat bergantung pada perubahan bentuk perkataan. Bahasa China menekankan nada suara penutur. Bahasa Inggeris menekankan tertib perkataan. Bagaimanapun, semua ciri ini, sedikit sebanyak, termasuk dalam banyak bahasa. | UMUM | |