Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditabalkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZAYN AL-‘ABIDIN IBN ‘ALI

Zayn al-‘Abidin ibn ‘Ali (1936 – ) ialah

presiden Republik Tunisia yang ditabalkan pada

tahun 1987. Dia lahir di Hammam, Susa dan

menerima pendidikan peringkat menengah di

Susa. Semasa menuntut, dia melibatkan diri dalam

Barisan Pemuda Negara yang menjalankan aktiviti

menentang penjajah.

UMUM 
SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH

Sultan Ismail Nasiruddin Shah (1907–1979)

ialah sultan negeri Terengganu yang kelima belas.

Baginda ditabalkan menjadi Sultan Terengganu yang

ke-15 pada 6 Jun 1949 di Istana Maziah, Kuala

Terengganu. Baginda dilantik menjadi Timbalan

Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu pada 21

September 1960 dan kemudiannya menjadi Yang

di-Pertuan Agong yang keempat pada 21

September 1965 hingga 21 September 1970.

UMUM 
EDWARD THE CONFESSOR

Edward the Confessor (1002?–1066) ialah raja

Anglo-Saxon keturunan daripada Alfred yang

Agung, ditabalkan pada tahun 1042.

UMUM 
KESULTANAN PAHANG

KESULTANAN PAHANG, institusi kerajaan Pahang. Kesultanan Pahang hari ini ialah keturunan Bendahara Siwa Raja Wan Ahmad yang diisytiharkan oleh pembesar negeri sebagai Sultan Pahang dengan gelaran Sultan Ahmad Al-Muazzam Syah. Baginda ditabalkan pada 12 Disember 1884. Dalam buku Sejarah Melayu dinyatakan Pahang di bawah pengaruh Siam dan ditadbirkan oleh Maharaja Dewa Sura. Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka, menghantar Bendahara Paduka Raja, Tuk Pikrama, Seri Bija Diraja dan Tun Bijaya Maha Menteri bersama-sama askar menyerang Pahang. Setelah Pahang dikalahkan, Seri Bija Diraja (Tun Hamzah) dilantik sebagai pemerintah Pahang. Setiap tahun Seri Bija Diraja menghadap Sultan Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
YAZID IBN MU‘AWIYAH

Yazid ibn Mu‘awiyah (25–64 H/645–683 M),

khalifah kedua daripada kerajaan Umawiyyah di

Syam. Nama penuhnya ialah Yazid ibn Mu ‘awiyyah

ibn Abi Sufyan al-Umawiy. Dia lahir di Damsyik

dan ditabalkan menjadi khalifah selepas kematian

bapanya pada tahun 60 H/680 M.

UMUM 
SULTAN ISMAIL PETRA

Sultan Ismail Petra (1949– ) ialah Sultan

Kelantan yang ke-28. Baginda merupakan putera

tunggal Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan

Ibrahim. Berikutan kemangkatan ayahandanya pada

29 Mac, 1979, di Istana Negara, Kuala Lumpur,

baginda telah ditabalkan sebagai Sultan Kelantan

yang ke-12 pada 30 Mac 1980 di Istana Bali, Kota

Bharu.

UMUM 
KESULTANAN TERENGGANU

KESULTANAN TERENGGANU, institusi kerajaan Terengganu. Kesultanan Terengganu yang wujud pada hari ini diasaskan oleh Tun Zainal Abidin bin Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana Johor. Buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji mencatatkan Tun Zainal Abidin diabsahkan di atas takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1726 oleh Raja Tua atau Daeng Menampuk dengan titah Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Johor. Buku Sejarah Darul Imam Hingga 1361H. = 1942M. karangan Dato' Haji Muhammad Salleh yang berdasarkan tulisan lama Terengganu, mencatatkan Tuan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Raja Mas Jayam Patani pada tahun 1702. Baginda diiringi oleh 80 keluarga dari Patani dan ditabalkan di Tanjung Baru, Kuala Berang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
KOTAWARINGIN

KOTAWARINGIN, kerajaan Islam di Propinsi Kalimantan Tengah, Indonesia. Kerajaan ini didirikan oleh Pangeran Adipati Antakusuma, putera Sultan Banjarmasin, Musta’ana Ilah. Pangeran Antakusuma meninggalkan Banjarmasin setelah saudaranya ditabalkan sebagai Sultan Banjarmasin. Dia tiba di Kampung Pembuang. Keinginannya untuk mendirikan kerajaan disambut baik oleh penduduk kampung tersebut, kerana dia keturunan Sultan Banjarmasin. Untuk menjadi raja, harus dimusyawarahkan terlebih dahulu dengan Kiai  Gede, pemimpin dari tanah jajahan Hindu-Jawa yang tinggal di Tanjung Pangkalan Batu dan juga para ketua suku Dayak. Dengan persetujuan para ketua suku Dayak dan Kiai Gede, Pangeran Antakusuma ditabalkan menjadi raja dengan gelaran Ratu Bagawan. Tempat bersemayam raja di tanjung Pangkalan Batu, disebut Kotawaringin. Ratu Bagawan juga dikenal dengan Ratu Kotawaringin atau Pangeran Ratu. Sejak itu gelaran Pangeran Ratu dipakai untuk raja-raja yang memerintah kerajaan Kotawaringin.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
BUKIT CHANDAN

BUKIT CHANDAN, bandar diraja Perak.  Bandar ini terletak di daerah Kuala Kangsar, Perak, merupakan kawasan kediaman Sultan Perak sejak abad ke-19.  Apabila Sultan Idris Mursyidul Azam Syah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang ke-28 pada tahun 1887, baginda memilih puncak bukit ini menjadi tempat baginda bersemayam.  Bukit Chandan terus menjadi pusat pentadbiran Kesultanan Melayu Perak hingga ke hari ini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
BHUMIBOL ADULYADEJ

Bhumibol Adulyadej (1927–       ) menjadi raja

Thailand pada tahun 1946. Dia merupakan raja

berdaulat yang kesembilan dalam dinasti Chakri,

yang diasaskan pada tahun 1782. Bhumibol menjadi

raja setelah abangnya Ananda, raja yang tidak

ditabalkan, ditemui mati ditembak pada tahun 1946

sejurus sebelum pertabalannya. Kematian Ananda

masih menjadi misteri.

UMUM 
12

Kembali ke atas