Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditaja


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ÉCOLE DES BEAUX-ARTS

École des Beaux-Arts ialah institusi seni di

Paris yang ditaja oleh kerajaan Perancis.

UMUM 
DUKAMU ABADIDUKAMU ABADI, kumpulan puisi pertama karya Sapardi Djoko, diterbitkan dengan jumlah yang terhad pada tahun 1969. Penerbitan kumpulan ini ditaja oleh Jeihan, pelukis dari Bandung. SASTERAKarya
PKMMPKMM, parti politik. PKMM ialah singkatan Parti Kebangsaan Melayu Malaya. Parti ini ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Penubuhannya ditaja oleh Parti Komunis Malaya yang cuba mencari pengaruh di kalangan orang Melayu yang memang menolak ideologi komunisme selama ini.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
HADIAH NOVEL DARUL IMAN

HADIAH NOVEL DARUL IMAN, peraduan mengarang novel berunsur Islam. Peraduan ini ditaja oleh kerajaan negeri Terengganu dan diselenggarakan bersama oleh Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) dengan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA). Peraduan ini dilancarkan pada 20 April 1981 dengan menawarkan anugerah dan hadiah utama bernilai RM15 000; RM5000; dan RM5000.

SASTERAAnugerah/Hadiah
ANNIES PRINTING WORKS

ANNIES PRINTING WORKS, perusahaan Melayu yang asalnya ditaja dan diusahakan oleh Sabirin bin Haji Md. Ani sejak akhir tahun 1920-an.  Sabirin yang berusaia 30 tahun bersama-sama isteri dan empat orang anaknya meniggalkan Pariaman, Sumatera Barat berhijrah ke Singapura dan kemudian ke Johor Bahru.

SASTERAKonsep
HADIAH CERPEN MALAYAN BANKING-DBP

HADIAH CERPEN MALAYAN BANKING-DBP, peraduan penulisan cerpen. Peraduan ini khusus kepada penulis Malaysia yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu. Syarat-syarat pertandingan antara lain ialah cerpen yang dikemukakan hendaklah karya asli, cerpen tersebut juga tidak pernah disiarkan baik secara cetakan atau stensilan. Hadiah cerpen ini ditaja oleh Malayan Banking Berhad dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pemberian hadiah ini, sejajar dengan matlamat untuk menarik lebih ramai penulis di kalangan yang bahasa ibundanya bukan Bahasa Melayu untuk mengungkapkan daya kreatif mereka dalam bahasa Melayu. Di samping itu, untuk meneguhkan pengucapan kesusasteraan tanah air di kalangan penulis bukan Melayu dan mendaulatkan penggunaan bahasa kebangsaan.

SASTERAAnugerah/Hadiah
DPMPDPMP, persatuan penulis. Nama lengkapnya ialah Dewan Persuratan Melayu Pahang. Persatuan ini telah ditubuhkan pada 17 Mei 1957 di Temerloh, Pahang, dan ditaja oleh Saiyed Ahmad Saiyed Abdullah (Sahmad Malaya), Arman Sani (Armuhata) dan Hasan Haji Abu Bakar (Hasni).SASTERAInstitusi/Organisasi
ANUGERAH PUISI PUTRAANUGERAH PUISI PUTRA,  anugerah yang diberikan kepada kumpulan puisi terbaik dalam peraduan yang ditaja oehBank Bumiputra Malaysia Berhad, Kuala Lumpur dan diselenggarakan oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA).  SASTERAKonsep
KURSI TUN ABDUL RAZAK

KERUSI TUN ABDUL RAZAK, pembiayaan untuk Pengajian Asia Tenggara di Pusat Pengajian Antarabangsa, University of Ohio oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di Kuala Lumpur yang bermula pada tahun 1980. Kerusi ini didedikasikan kepada Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia yang pertama dan Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Kerusi ini ditubuhkan bagi meneruskan semangat dan usaha yang telah dibina oleh­nya bagi manfaat manusia sejagat. Kerusi ini ditaja dan dibiayai bersama oleh kerajaan Malaysia dan beberapa buah firma Amerika yang beroperasi di Malaysia. Uni­versity of Ohio pula memberi keperluan asas yang lain bagi membiayai seorang sarjana Malaysia untuk bertugas di universiti tersebut.

BAHASAAnugerah/Hadiah

Kembali ke atas