PROVINSI | Provinsi pada zaman Rom, ialah kawasan yang ditakluki dan diperintah oleh seorang pegawai dari Rom. Kemudiannya negeri-negeri merdeka yang bersatu untuk membentuk sebuah negara biasanya menamakannya provinsi. Contohnya ialah Provinsi Bersatu Holland. Kemudiannya, negeri-negeri yang merdeka juga dibahagikan kepada wilayah yang dikenali sebagai provinsi. | UMUM | |
TASIK XOCHIMILCO | Tasik Xochimilco, tasik yang menyerupai paya di Mexico City, Mexico, terkenal kerana terdapat “taman terapung”. Menjelang waktu wilayah tersebut ditakluki oleh Sepanyol pada tahun 1521, Orang Asli Amerika sudah pun membuat lima buah tasik cetek daripada sebuah tasik yang lebih besar dengan cara membina daik. Mereka menimbunkan lumpur lembut di atas ranting yang berjalin dan membentuk batas untuk menanam bunga dan sayur-sayuran. Saiz “taman terapung” ini beransur-ansur menjadi lebih besar dan akhirnya dipenuhi tumbuhan yang akarnya berjalin antara satu sama lain. Ramai pelancong berperahu di terusan-terusan yang memisahkan pulau-pulau buatan tersebut. | UMUM | |
MUSSOLINI, BENITO | Mussolini, Benito (1883–1945), mengasaskan fasisme dan memerintah Itali hampir 21 tahun. Hampir sepanjang tempoh itu, dia adalah seorang diktator. Dia cuba membina Itali untuk menjadi sebuah empayar besar. Sebaliknya, dia menjadikan Itali negara yang ditakluki oleh tentera-tentera daripada negara-negara lain. | UMUM | |
ORAN | Oran (pend. 663 504) merupakan pelabuhan Laut Mediterranean di Algeria. Oran terletak kira-kira 360 kilometer di barat Algeria (lihat Algeria [peta]). Oran menjadi tempat untuk menjalankan perdagangan dengan bandar pedalaman Afrika dan pelabuhan di selatan Eropah. Ia dibina oleh orang Moor, dan sesetengah bangunan lama yang melihatkan pengaruh Moor masih berdiri megah. Bandar ini telah ditakluki oleh orang Sepanyol pada tahun 1509, orang Turki pada tahun 1708, dan sekali lagi oleh orang Sepanyol pada tahun 1732. Sepanyol meninggalkan Oran pada tahun 1791 setelah bandar ini musnah akibat gempa bumi. Pada tahun 1831, orang Perancis membina semula Oran. Tentera Amerika membuat pangkalan di sana semasa Perang Dunia II. | UMUM | |
PENDUDUKAN JEPUN DI NUSANTARA | PENDUDUKAN JEPUN DI NUSANTARA, pemerintahan Jepun di Nusantara semasa Perang Dunia Kedua. Penaklukan Jepun di Nusantara bermula dengan serangan ke atas Tanah Melayu pada 7 Disember 1941. hingga 15 Februari 1942, tentera Jepun berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu, Singapura, Brunei serta sebahagian Sumatera. Pada 9 Mac 1942, seluruh Indonesia ditakluki setelah Belanda menyerah kalah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
DINDING | DINDING, sebuah daerah di barat daya negeri Perak. Perihal Dinding ada disebut dalam buku Sejarah Melayu, iaitu adanya sebuah kerajaan lama bernama Gangga Negara terletak di barat Dinding. Di situlah raja bersemayam dan memerintah. Semasa Melaka di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Dinding telah ditakluki dan menjadi jajahannya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |