TANAMAN | Tanaman ialah sejumlah besar tumbuhan daripada sebarang jenis yang ditanam untuk kegunaan manusia. Tanaman yang ditanam sebagai makanan manusia disebut tanaman makanan . Tanaman yang dimakan haiwan dinamakan tanaman makanan haiwan . Tanaman lain yang dinamakan tanaman serat, menghasilkan serat untuk dibuat pakaian dan keluaran-keluaran lain. Tanaman tertentu ditanam untuk menghiasi persekitaran manusia. | UMUM | |
DELIMA | Delima ialah buah daripada pokok yang ditanam dalam iklim panas. Pokok ini tumbuh liar di barat Asia dan barat laut India. Ia juga ditanam secara komersial di negara-negara yang bersempadan dengan Laut Mediterranean dan di tengah California, Amerika Syarikat. Pokok delima adalah bak pokok belukar apabila ia tumbuh liar, tetapi apabila ditanam, ia tumbuh sebagai pokok kecil. Ia mencapai ketinggian di antara 4.5 hingga enam meter dan mengeluarkan dahan-dahan kurus. Bunganya yang berwarna merah menyala tumbuh di hujung dahannya. | UMUM | |
RAMI | Rami ialah tumbuhan saka yang ditanam terutamanya untuk seratnya. Ia berasal dari Asia dan ditanam, terutamanya di India, China dan Taiwan. Rami adalah satu daripada sumber serat asli yang paling lama diketahui. Ada lebih daripada 30 jenis rami yang diketahui. Jenis yang paling biasa berasal dari China dan Jepun. Daunnya yang tebal dan lebar berwarna hijau tua di bahagian atas, putih dan berbulu di bahagian bawah. Penanam akan menanam akarnya, yang membesar menjadi tumbuhan dalam masa lebih kurang tiga bulan. Batangnya tumbuh dari satu hingga dua meter tingginya. | UMUM | |
TEMBIKAI WANGI | Tembikai wangi ialah jenis tembikai yang ditanam. Kulit tembikai wangi mempunyai corak serabut bak jaring dan isinya berwarna jingga, rasanya manis dan berbau wangi. Tembikai wangi ditanam dengan meluas, terutamanya di Amerika Syarikat. Empulur kuning tembikai wangi adalah sumber penting vitamin A dan C. Tembikai ini terdiri daripada lebih kurang 90 peratus air, sembilan peratus karbohidrat dan satu peratus protein. Mungkin tembikai wangi mula ditanam di India. Tetapi, sejak awal lagi orang Mesir juga menanamnya dan tembikai wangi dimakan oleh orang Yunani dan Rom. | UMUM | |
TEMBAKAU BERBUNGA | Tembakau berbunga atau nikotiana ialah nama bagi beberapa tumbuhan tahunan dan tumbuhan saka dalam famili nightshade. Ia ditanam kerana bunganya yang harum. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tropika Amerika Selatan, dan ditanam di banyak kawasan. Daun tembakau berbunga berbulu dan melekit. Bunganya berwarna kuning, ungu, merah atau putih, dan berbentuk seperti tiub panjang. Tembakau berbunga sangat sensitif terhadap cuaca sejuk, dan hendaklah dilindungi. Ia boleh ditanam daripada biji benih di tanah ringan yang subur. Biji benihnya hendaklah ditanam di batas panas atau rumah hijau pada awal musim bunga, dan kemudian dipindahkan ke luar. Pengelasan saintifik. Tembakau berbunga tergolong dalam famili nightshade, Solanaceae, genus Nicotiana . | UMUM | |
KELEDEK | Keledek ialah sayur yang mempunyai akar yang besar berisi, boleh dimakan. Keledek dipercayai mula ditanam di Amerika Selatan. Kini, ia ditanam di seluruh dunia dan ia adalah makanan yang penting di banyak negara. Lebih kurang 85 peratus daripada tanaman keledek di dunia dihasilkan di China. Keledek kerap dikelirukan dengan keladi, kerana akarnya yang besar. Bagaimanapun, keladi tergolong dalam famili yang berbeza. | UMUM | |
SLIPPERWORT | Slipperwort ialah nama bagi beberapa tumbuhan malar hijau yang bunganya berbentuk seperti selipar. Ia berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan, tetapi ditanam di rumah hijau dan taman di kawasan sederhana. Spesies Alpine ditanam di taman batuan. Slipperwort mempunyai banyak bunga. Spesies yang popular termasuk Slipperwort biasa yang bunganya kuning berbintik-bintik slipperwort belukar yang bunganya kecil berwarna kuning, dan slipperworth berbunga ungu. | UMUM | |
TAMPAN ANGIN | Barisan pokok yang ditanam di sesuatu kawasan untuk menghalang atau mengawal tiupan angin untuk mengurangkan kesan hakisan angin di kawasan yang diusahakan. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
PSILIUM | Psilium ialah herba yang ditanam di selatan Eropah dan India. Ia mengeluarkan biji yang digunakan sebagai ubat. Biji psilium mempunyai kualiti julap dan digunakan dalam perubatan. Apabila bijinya dilembapkan, ia kelihatan seperti gelatin. | UMUM | |
TIN | Tin ialah buah yang telah ditanam lebih daripada 4000 tahun dahulu. Ia mungkin berasal dari barat daya Asia, kemudian tersebar ke kawasan Mediterranean . Dokumen orang Yunani, Rom, dan Mesir purba memerikan kepopularannya sebagai makanan. | UMUM | |