PERJANJIAN TRIANON | Perjanjian Trianon ditandatangani oleh Hungary dan Berikat Barat selepas Perang Dunia I (1914–1918). Perjanjian itu ditandatangani di galeri Grand Trianon, iaitu istana di Versailles, Perancis pada 4 Jun 1920. Perjanjian ini menghukum keras Hungary kerana penglibatannya dalam peperangan. Amerika Syarikat, yang turut menandatangani perjanjian ini, tidak pernah meratifikasikannya tetapi membuat perdamaian yang berasingan dengan Hungary pada tahun 1921. | UMUM | |
SURAT IKATAN | Surat ikatan ialah dokumen bertulis berhubung dengan pemindahan hak milik harta. Surat ikatan mesti ditandatangani oleh pihak yang memindah hak milik. Dalam banyak kes, ia juga ditandatangani oleh pihak yang menerima hak milik. Surat ikatan juga mesti memperincikan harta yang dipindah milik dan menunjukkan niat untuk memindah milik. Surat ikatan ini hanya akan berkuat kuasa apabila ia dihantarkan kepada pihak yang menerima hak milik. | UMUM | |
PERJANJIAN NANKING | Perjanjian yang ditandatangani di antara Great Britain dengan negeri china selepas meletusnya Perang Candu I (1839-1842). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
LIGA ARAB | Liga Arab ialah sebuah pertubuhan Arab antarabangsa yang dibentuk pada bulan Mac 1945, rentetan daripada peristiwa Perjanjian Iskandariah yang telah ditandatangani pada 20 Syawal 1363 H. bersamaan 7 Oktober 1944. Ia juga lanjutan daripada persetujuan yang ditandatangani oleh tujuh orang raja dan pemimpin Arab di Kaherah pada 8 Rabiulakhir 1364 H. bersamaan 22 Mac 1945 M. | UMUM | |
PETISYEN | Petisyen ialah dokumen bertulis yang ditandatangani oleh ramai orang untuk menuntut supaya sesuatu tindakan diambil. Petisyen secara amnya dikemukakan kepada kerajaan pusat atau kerajaan tempatan. | UMUM | |
PERJANJIAN WASHINGTON | Perjanjian Washington ialah perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1871 oleh Amerika Syarikat dengan Great Britain di Washington D.C. Perjanjian tersebut menyelesaikan sebilangan pertikaian antara kedua-dua negara berkenaan. | UMUM | |
PERJANJIAN CLAYTON-BULWER | Perjanjian Clayton-Bulwer perjanjian yang ditandatangani oleh Amerika Syarikat dan Great Britain pada tahun 1850, yang memberikan kedua- dua buah negara hak yang sama bagi melindungi suatu terusan yang akan dibina melalui Amerika Tengah. Kedua-dua negara bersetuju untuk mengekalkan keberkecualian terusan itu dan kawasan di kedua-dua belah tebingnya. Perjanjian tersebut mengambil sempena nama John M. Clayton, setiausaha negara Amerika, dan Sir Henry Bulwer (1801–1872), duta British ke Amerika Syarikat. Perjanjian tersebut tidak mendapat sambutan di Amerika Syarikat. Pada tahun 1901, Perjanjian Hay- Pauncefote menggantikan Perjanjian Clayton- Bulwer. Perjanjian tersebut memberikan hak kepada Amerika Syarikat untuk membina dan menguruskan terusan tersebut. | UMUM | |
PERIKATAN SUCI | Perikatan Suci ialah satu perjanjian yang ditandatangani di Paris pada bulan September 1815 selepas kejatuhan Napoleon. Tsar Alexander I Rusia telah mengasaskan Perikatan ini. Dua orang penandatangan pertama ialah Francis I, Maharaja Austria dan Raja Frederick William III dari Prussia. Kesemua raja-raja lain di Eropah kecuali Paus, Raja Great Britain dan Sultan Turki menandatangani perikatan itu. | UMUM | |
PERAKUAN KESIHATAN | Perakuan kesihatan ialah sijil yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh pihak berkuasa pelabuhan tertentu. Ia memperakukan keadaan kesihatan anak kapal dan penumpang, dan keadaan kebersihan kapal semasa ia hendak belayar. Kapal dikuarantin apabila ada wabak penyakit di atas kapal atau apabila pengasapan diperlukan (lihat Kuarantin). Apabila sesebuah kapal itu tiba di pelabuhan, ia akan dikuarantin sehingga praktik (izin untuk berkomunikasi) telah dibenarkan. Permit praktik percuma mengizinkan kapal untuk masuk tanpa sekatan kuarantin selanjutnya. Praktik sementara menunjukkan syarat yang membolehkan praktik percuma dikeluarkan. | UMUM | |
PERSETIAAN GENEVA | Persetiaan Geneva ialah suatu siri daripada empat perjanjian antarabangsa yang ditandatangani pada 20 dan 21 Julai 1954. Perjanjian ini menamatkan peperangan lebih daripada 7 tahun di bekas tanah jajahan Perancis, di Indochina. Dalam peperangan tersebut, kuasa tentera Kemboja, Perancis, Laos, dan negara Vietnam telah memerangi pasukan tentera Vietminh. Vietminh ialah gerakan nasionalis yang dikuasai oleh komunis dan dipimpin oleh Ho Chi Minh, pemerintah Republik Demokrasi Vietnam. Kerajaan Vietnam berpusat di Selatan Vietnam. Kerajaan Republik Demokrasi Vietnam berpangkalan di Utara Vietnam. | UMUM | |