PEMPROSESAN GAS | Bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan pemprosesan, penghantaran, pengagihan, dan penggunaan gas. Kejuruteraan gas ialah satu bidang yang luas dan mencakupi pelbagai disiplin. Bidang lain yang berkaitan dengan kejuruteraan gas ialah kejuruteraan sivil, mekanikal, elektrik dan kimia. Walau bagaimanapun, kejuruteraan gas dikategorikan sebagai subbidang kejuruteraan kimia. Jika ditinjau dari aspek aktiviti untuk memanfaatkan bahan petroleum, kejuruteraan gas ialah aktiviti bahagian hiliran berbanding bidang kejuruteraan petroleum yang melibatkan aktiviti huluan, iaitu eksplorasi dan pengeluaran bendalir petroleum. Kejuruteraan gas merupakan penghubung antara pengeluar bendalir petroleum dengan pengguna bahan tersebut. Kejuruteraan gas juga merupakan bidang yang kompleks kerana melibatkan orang ramai yang berbeza latar belakang sehingga perlu ditangani dengan sempurna terutamanya yang melibatkan aspek keselamatan harta benda dan jiwa. | KEJURUTERAAN | Disiplin Ilmu |
PERISTIWA PASIR SALAK | PERISTIWA PASIR SALAK, peristiwa kebangkitan orang Melayu menentang penjajahan British yang ditandai dengan pembunuhan J.W.W. Birch di Perak pada tahun 1875. Peristiwa ini didorong oleh hakikat bahawa pembesar Melayu berasa tertipu oleh politik British hingga menimbulkan kegelisahan di kalangan mereka sehingga mereka bertindak melakukan pembunuhan. Usaha pembunuhan British ditangani oleh Dato’ Maharaja Lela yang mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Raja Ismail. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |