MINYAK JAGUNG | Minyak jagung ialah minyak yang dibuat daripada isirung jagung. Ia digunakan terutamanya sebagai minyak masak dan minyak salad, dan dalam keluaran makanan seperti marjerin dan kerepek kentang. Minyak jagung yang ditapis berwarna kuning pucat. | UMUM | |
POTASY | Potasy ialah nama komersial bagi sekumpulan garam yang mengandungi unsur kalium. Jenis potasy yang paling penting ialah kalium klorida (KCl), yang digunakan terutamanya untuk membuat baja. Kira-kira 95 peratus daripada potasy yang diproses di seluruh dunia ditapis menjadi baja. Potasy juga digunakan dalam pembuatan sabun dan bahan pencuci, kaca, seramik, tekstil, pencelup, bahan kimia, dan ubat. | UMUM | |
TALLOWTREE | Tallowtree ialah nama beberapa jenis pokok yang mengeluarkan bahan melekit yang boleh digunakan sebagai ganti lemak haiwan (tallow dalam bahasa Inggeris) untuk membuat lilin. Kini, lilin mineral biasanya digunakan, bukan lemak haiwan, untuk membuat lilin. Pada masa dahulu, pokok yang paling kerap digunakan untuk bahan melekit ini ialah tallowtree China . Biji pokok ini tergantung pada bebenang bak lilin di antara daunnya. Kapsul dan bijinya dihancurkan dan direbus dan dikaup lemak yang timbul di permukaan. Lemak ini kemudiannya dicairkan dan ditapis. | UMUM | |