Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditekan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERA AIR

Tera air ialah tanda pengenalan yang ditekan ke

atas kertas ketika ia dibentuk oleh mesin pembuat

kertas. Lazimnya, tera air ialah tanda yang

ditinggalkan oleh dawai yang dibentuk supaya

menyerupai corak tera air dan dipasangkan pada

penggelek hias mesin Fourdrinier (lihat Kertas

[gambar rajah: Bagaimana kertas dibuat]). Ketika

corak dawai itu bersentuh dengan lapisan palpa

yang basah, suatu kesan tekanan yang lut cahaya

akan terjadi, dan boleh dilihat apabila kertas itu

dibentang di hadapan cahaya. Suatu tanda yang

kelihatan seperti tera air juga boleh dibuat secara

kimia di atas kertas yang sudah siap. Kertas yang

ditandakan dengan tera air sering digunakan pada

dokumen penting untuk membantu mencegah

peniruan atau pemalsuan.

UMUM 
MAMPU TEMPA

Mampu tempa ialah kemampuan logam untuk

ditempa atau ditekan menjadi kepingan yang nipis.

UMUM 
PAPAN SERAT

Papan serat ialah bahan binaan yang dibuat

daripada kayu atau serat tumbuhan lain yang ditekan

menjadi kepingan.

UMUM 
MESIN TRENGKAS

Mesin trengkas digunakan untuk merakamkan

percakapan dengan cepat dan tepat. Mesin ini

mempunyai 21 kekunci huruf. Seberapa banyak

huruf boleh ditekan pada satu-satu masa. Operator

mengeluarkan nombor dengan menekan palang

angka dan kekunci yang mempunyai nombor yang

dikehendaki. Palang angka sepadan dengan

kekunci syif mesin taip.

UMUM 
KLAVIKORD

Klavikord ialah alat muzik papan nada yang

menjadi perintis kepada piano. Ton klavikord

dihasilkan oleh bilah logam yang memukul tali

wayar alat apabila mata ditekan.

UMUM 
STEREOTAIP

Stereotaip ialah kaedah membuat plat logam

untuk kegunaan percetakan. Dalam proses ini,

pekerja menentukan taip dan menguncinya dalam

bingkai keluli. Pekerja yang lain menyapu

permukaan taip itu dengan lapisan nipis minyak.

Sekeping kertas tebal komposit yang dikenal

sebagai flong, dibentangkan di atas taip dan ditekan

rapat padanya. Kertas ini menekap permukaan taip

atau kat (gambar) pada bingkai. Dengan itu acuan

kertas terbentuk lalu dimasukkan ke dalam ketuhar

dan dibakar hingga keras dan kering. Acuan ini yang

dikenal sebagai matriks atau mat, diletakkan dalam

kotak dalam kedudukan telentang. Pekerja menuang

cairan logam stereotaip yang diperbuat daripada

timah, antimoni, dan plumbum ke atas acuan

tersebut. Logam itu akan menjadi keras serta-merta

lalu menghasilkan plat pejal. Halaman akhbar

dicetak daripada plat ini.

UMUM 
AYYAM AL-‘ARAB

Ayyam al-‘Arab ialah peristiwa, serangan dan

pertempuran yang berlaku di kalangan orang Arab

pada zaman Jahiliah. Peristiwa-peristiwa ini

disampaikan oleh para pencerita Arab dan

diselangi pula dengan syair-syair. Pertempuran

pada hari-hari ini berlaku di antara sesama kabilah

Arab dan sedikit sahaja berlaku antara orang Arab

dengan Parsi. Kebanyakan pertempuran berlaku

antara orang Arab ‘Adnan (Arab utara) disebabkan

kekurangan sumber kekayaan di padang pasir.

Kadang-kadang mereka berasa ditekan oleh orang

Arab Qahtan (Arab selatan), lalu mereka

menentang Arab Qahtan dalam beberapa siri

peperangan yang direkodkan dalam Ayyam al-

‘Arab .

UMUM 

Kembali ke atas