| TELAGA | Telaga ialah lubang yang digali di dalam tanah untuk memperoleh cecair. Telaga air merupakan jenis telaga yang paling biasa ditemui. Telaga minyak dan telaga gas asli juga biasa ditemui. Kebanyakan syarikat perlombongan juga menggunakan telaga untuk mengeluarkan garam dan sulfur dari dalam tanah. Mereka mengepam wap atau air panas untuk mengeluarkan bahan-bahan ini. | UMUM | |
| MINERAL | Mineral ialah bahan pepejal yang paling lazim ditemui di bumi. Daratan dan lautan di bumi semuanya terbentang di atas lapisan batuan yang terdiri daripada mineral. Semua batuan yang terdapat di atas muka bumi juga mengandungi mineral. Malah, tanah juga mengandungi mineral halus yang terserpih daripada batuan. Mineral juga ditemui di bulan dan juga di planet Utarid, Zuhrah, dan Marikh. | UMUM | |
| ASID LAKTIK | Asid laktik ialah asid organik biasa yang ditemui di dalam susu dan makanan tenusu lain yang telah menjadi “masam”. Ia juga didapati di dalam sauerkraut , acar dan bir. Ia wujud dalam dua bentuk iaitu asid D-laktik dan asid L-laktik. Asid D-laktik terbentuk dengan penapaian gula. Asid L-laktik ditemui di dalam darah manusia dan haiwan. Semasa berlakunya aktiviti bertenaga, asid L-laktik berkumpul di dalam tisu otot hingga menyebabkan kesakitan dan kelesuan. Perlahan- lahan ia akan hilang apabila otot pulih semula. | UMUM | |
| ASID SITRIK | Asid yang ditemui didalam buah-buahan sitrus. | KEJURUTERAAN | Konsep |
| NIKOTIN | Nikotin ialah sebatian kimia yang ditemui dengan jumlah yang kecil dalam daun, akar, dan biji benih tumbuhan tembakau. Nikotin ialah satu daripada beberapa cecair semula jadi alkaloid (lihat Alkaloid ). Ia boleh juga dibuat secara sintetik. | UMUM | |
| ALKALOID | lkaloid ialah sebarang kumpulan bes organik yang ditemui dalam tanaman. Alkaloid mengandungi karbon, hidrogen, nitrogen, dan oksigen. | UMUM | |
| AUSTRALIT | Australit ialah batu kecil, berbentuk kaca yang ditemui di bahagian selatan Australia. Para pelombong terdahulu menamainya batu butang, butang lelaki gelap, atau batu emu. Kebanyakan batu ini bergaris pusat kira-kira 2.5 sentimeter dan berwarna hitam atau hijau pekat. Batu yang sama telah dijumpai di bahagian lain di dunia ini. Ahli sains menamai batu ini sebagai tektit, tetapi mereka kurang pasti asal usul batu ini. Beberapa orang ahli sains percaya bahawa tektit ialah meteorit kecil. Ada pula yang percaya bahawa ia adalah hasil perlanggaran meteorit. Lihat Tektit. | UMUM | |
| KOLAGEN | Kolagen ialah sejenis protein yang ditemui di seluruh badan manusia dan haiwan. | UMUM | |
| STALAKTIT | Stalaktit ialah sejenis pembentukan batu yang cantik, yang ditemui dalam sesetengah gua batu kapur. Stalaktit tergantung dari dinding atau bumbung gua. Kebanyakannya kelihatan seperti jurai air batu yang besar tetapi sesetengahnya menyerupai langsir atau jerami dengan lubang di tengah-tengahnya. | UMUM | |
| AKTINOMIKOSIS | Aktinomikosis ialah penyakit berjangkit yang jarang-jarang ditemui yang menjejaskan kesihatan manusia. Ia dicirikan oleh pembentukan abses yang menyakitkan pada mulut, paru-paru, atau organ penghadaman. | UMUM | |