Skinner, B.F. (1904–1990), ahli psikologi Amerika. Dia terkenal kerana penyelidikannya terhadap proses pembelajaran dan kepercayaannya terhadap masyarakat yang terancang. Skinner merupakan penyokong utama pengajaran terancang. Dalam program ini, prinsip pembelajaran yang dikenal pasti dalam makmal diterapkan dalam pengajaran di dalam kelas. Dia juga terkenal sebagai pengkaji psikologi tingkah laku, iaitu kajian terhadap tingkah laku manusia yang dapat dilihat. |