STEELE, SIR RICHARD | Steele, Sir Richard (1672–1729) ialah penulis kelahiran Ireland yang mencipta esei kewartawanan terkenal yang diterbitkan sebagai The Tatler. Dia bekerja dengan Joseph Addison untuk menghasilkan esei yang diterbitkan sebagai The Spectator. | UMUM | |
GAYA DEWAN | GAYA DEWAN, sebuah manual atau gaya penerbitan yang mengandungi panduan menyediakan buku untuk diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Gaya Dewan pertama kali diterbitkan dalam bentuk risalah kecil berjudul Gaya Penerbitan Dewan (1978), diusahakan oleh Rahmat Ramly yang pada ketika itu bertugas sebagai Ketua Unit Pengeluaran. Risalah setebal 68 halaman berukuran 4” x 7” ini merupakan panduan am untuk editor dan pengatur huruf. Risalah ini kemudiannya diperkembangkan menjaddi sebuah manual dengan judul Gaya Dewan. Edisi pertama Gaya Dewan berkulit lembut terbit dalam tahun 1987, mempunyai 206 halaman. Edisi kedua cetakan pertama berukuran 7” x 10” berkulit keras dan berjaket, diterbitkan dalam tahun 1990, mengandungi 253 halaman. Edisi ketiga mengandungi 330 halaman, berkulit keras dan berjaket terbit dalam tahun 1995. Ketiga-tiga edisi dilengakpi ilustrasi dan mempunyai indeks. | BAHASA | Penerbitan |
HIKAYAT PERCINTAAN KASIH KEMUDAAN | HIKAYAT PERCINTAAN KASIH KEMUDAAN, novel yang ditulis oleh Ahmad Kotot. Novel ini pertama kali diterbitkan dua jilid dengan tulisan Jawi setebal 268 halaman; 100 halaman pertama diterbitkan pada tahun 1927, manakala sambungan novel ini diterbitkan pada tahun 1928. | SASTERA | Karya |
RISALAH | Risalah ialah karya pendek yang diterbitkan tentang perkara yang topikal | UMUM | |
KIBLAT | KIBLAT, majalah bercorak keagamaan. Majalah ini diterbitkan pada bulan Ogos 1970 oleh Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur. Majalah ini bermotokan ‘Ke arah cita-cita bertakwa’. Majalah ini diterbitkan dalam tulisan Jawi berukuran 21 cm x 28 cm; mengandungi lebih kurang 40 muka surat. Majalah ini diterbitkan sebutan sekali, pada setiap akhir bulan. | SASTERA | Konsep |
NAFH AL-TIB | Nafh al-Tib. Buku ini adalah antara hasil karya yang diterbitkan oleh Perpustakaan al-Andalusiyyah. Nama penuh buku ini ialah Nafh al-Tib min Ghusn al-Andalus al-Ratib wa Dhikr Waziriha Lisan al-Din ibn al-Khatib. Pengarangnya Abu al-‘Abbas, Ahmad ibn Muhammad ibn Ahmad al-Maqqariy al-Tilmisaniy yang juga digelar dengan nama Shihab al-Din. Kitab Nafh al-Tib menjadi tanda pengenalan kepada pengarangnya, begitu juga pengarangnya menjadi tanda pengenalan kepada kitab ini. Oleh itu, ramai yang mengenalinya hanya dengan kata-kata: “Nafh al-Tib oleh al-Maqqariy”. Ungkapan ini merupakan satu ikatan antara pengarang dengan kitabnya. Ia mengembalikan ingatan kita kepada ketinggian hasil karya yang diterbitkan daripada Perpustakaan al- ‘Arabiyyah sebagaimana yang dihasilkan oleh Ibn ‘Abd Rabbih dan kitabnya al-‘Aqad, Ibn Bassam dan kitabnya Zakhirah, Ibn Hazm dan kitabnya Tawq al- Hamamah serta para pengarang lain dari Perpustakaan al-Andalusiyyah. | UMUM | |
FAJAR ASIA | FAJAR ASIA, majalah dwimingguan untuk memajukan kebudayaan dan kesenian. Majalah ini diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak pemerintah Jepun di Singapura oleh Pejabat Pembangunan Melayu Baru (Sinsei Malai Kensetsu Sha) yang beralamat di 101 Jalan Sultan, Syonan-to (Singapura) dan dicetak oleh al-Aahmadiah Press 25 Januari 1943 dan berakhir pada 10 April 1944. Majalah ini mengandungi jumlah halaman yang tidak tetap, menggunakan huruf Rumi dan dipimpin oleh Zainal Abidin Ahmad, bekas pengarang majalah Panji Islam yang diterbitkan di Medan. Setakat yang diketahui majalah ini hanya sempat terbit sebanyak 19 keluaran, iaitu Th. 1 (Bil. 1-16) 1943 -1944, Th. 2 (Bil. 1-3) 1944. | SASTERA | Penerbitan |
RESENSI BUKU | Resensi buku ialah rencana yang diterbitkan dalam surat khabar atau majalah berkala yang mengumumkan penerbitan buku baru, menerangkan isi buku itu, dan menilainya. Nilai resensi buku bergantung kepada pengetahuan dan kemampuan orang yang membuat resensi dan juga keadilannya dalam membuat penilaian terhadap buku tersebut. Oleh sebab itu, pembuat resensi harus mempunyai pengetahuan yang luas tentang subjek buku yang diperkatakan itu, kebolehan menganalisis karya, dan standard kritikan yang tinggi. (Lihat Kritikan ). | UMUM | |
HUKUM GAUSS | Hukum yang dirumus oleh Carl Friedrich Gauss dalam tahun 1835, dan tidak diterbitkan kepada umum sehingga tahun 1867. | FIZIK | Teori/Teorem/Hukum |
PEWARTA DELI | PEWARTA DELI, akhbar Melayu yang pertama diterbitkan di Medan, Sumatera, Indonesia. Pewarta Deli diterbitkan oleh Syarikat Tapanuli, sebuah syarikat percetakan yang diasaskan oleh Dja Endar Moeda bersama-sama beberapa orang Batak Mandailing dan Angkola-Sipirok. Akhbar ini mula diterbitkan pada awal bulan Januari 1910, setiap hari Rabu dan Sabtu, dan kemudiannya terbit sebagai akhbar harian. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |