Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diternak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AYAM PENELURAyam yang diternak untuk mendapatkan telurnya.PERTANIANFlora dan Fauna
ALPAKA

Alpaka ialah haiwan ragut di Amerika Selatan yang

berkaitan dengan unta. Ia diternak untuk bulunya

yang halus

UMUM 
MOHAIR

Mohair ialah nama yang diberi kepada bulu

kambing Angora. Haiwan ini berasal dari Asia Kecil

dan juga diternak di Afrika Selatan dan di

California dan Texas, Amerika Syarikat. Nama

Mohair juga digunakan kepada fabrik yang

dihasilkan daripada bulu kambing Angora.

UMUM 
NUTRIA

Nutria, juga dikenali sebagai coypu , ialah

rodensia besar yang tinggal dalam air segar atau

berhampiran dengannya. Nutria berasal dari

selatan Amerika Selatan, tetapi telah

diperkenalkan ke negara-negara lain untuk

diternak bagi bulunya. Bulunya dikenali sebagai

“nutria”, iaitu perkataan Sepanyol bagi memerang.

Bulu nutria digunakan untuk membuat kot dan

sarung tangan, manakala dagingnya digunakan

untuk membuat makanan haiwan kesayangan.

UMUM 
KOMODITI UTAMA

Komoditi utama ialah semua keluaran yang berasal dari bumi sama ada yang ditanam, tumbuh sendiri, digali atau diternak selagi komoditi itu masih dalam bentuk tidak diproses atau separuh diproses.

EKONOMI DAN PENGURUSANSumber/Bahan Alam
DAGING

Daging ialah isi haiwan yang dijadikan makanan.

Daging sebahagian besarnya terdiri daripada otot,

tetapi lemak dan tisu-tisu lain juga boleh dianggap

sebagai daging. Daging yang paling biasa dimakan

di negara industri diperoleh daripada haiwan yang

diternak untuk makanan. Haiwan ini – dan daging

yang diperoleh daripadanya – ialah lembu, babi,

biri-biri, ayam itik dan ayam belanda. Daging

haiwan buruan juga kerap dimakan. Di samping itu,

ikan juga adalah antara haiwan yang menghasilkan

daging.

UMUM 
MINK

Mink ialah mamalia kecil yang berbadan kurus

dan berkaki pendek. Beratnya dari kira-kira 0.5

kilogram hingga satu kilogram. Panjangnya

berbeza-beza dari kira-kira 50 sentimeter hingga 65

sentimeter, tidak termasuk ekornya yang berbulu

lebar. Mink liar berbulu perang. Tetapi mink yang

diternak telah dibiakkan bakanya untuk mempunyai

bulu berwarna hitam, biru, kelabu-perak, dan

putih. Kulit bulu mink musim sejuk telah lama

diperlukan oleh industri bulu, yang

menggunakannya untuk membuat cape, kot, stole,

dan pakaian lain.

UMUM 

Kembali ke atas