Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditulisnya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ODETS, CLIFFORD

Odets, Clifford (1906 – 1963) ialah dramatis Amerika

yang terkenal kerana dramanya tentang konflik sosial

yang ditulisnya pada tahun 1930-an. Hasil kerjanya

yang paling berjaya telah dipersembahkan oleh

kumpulan terkenal iaitu Group Theatre .

UMUM 
THIERS, LOUIS ADOLPHE

Thiers, Louis Adolphe (1797–1877) ialah

presiden pertama Republik Perancis Ketiga. Buku

10 jilid yang ditulisnya, History of the French

Revolution (1823–1827) menjadikannya terkenal.

Thiers membantu Louis Phillipe menduduki takhta

Perancis.

UMUM 
AYTOUN, WILLIAM EDMONDSTOUNE

Aytoun, William Edmondstoune (1813–

1865), penyair dan humoris Scotland, yang

terkenal kerana Bon Gaultier Ballads (1845), satu

siri parodi yang cemerlang, yang ditulisnya

bersama Sir Theodore Martin. Antara penulis

yang diparodi dalam tulisannya ialah Tennyson,

Macaulay dan Elizabeth Barrett Browning. Aytoun

lahir di Edinburgh dan mendapat pendidikan di

Edinburgh Academy dan Edinburgh University. Di

universiti ini, dia dilantik menjadi profesor retorik

dan persuratan pada tahun 1845. Buku sajaknya

yang pertama, Poland, Homer and Other Poems ,

diterbitkan pada tahun 1832. Lain-lain karya

Aytoun termasuklah Lays of the Scottish Cavaliers

(1848).

UMUM 
NASH, THOMAS

Nash, Thomas (1567–1601?) ialah penulis

Inggeris pada zaman Elizabeth yang karya-karyanya

menggambarkan kehidupannya yang ganas. Dia

terlibat dalam banyak pertikaian, dan mengkritik

lawannya di dalam pamplet yang ditulisnya dengan

baik. Nash mungkin cukup dikenali pada hari ini

kerana bukunya The Unfortunate Traveller ; or , The

Life of Jack Wilton (1594), contoh prosa fiksyen

yang terbaik pada zaman Elizabeth.

UMUM 
SLESSOR, KENNETH

Slessor, Kenneth (1901–1971) ialah salah

seorang daripada pemuisi moden Australia yang

terpenting. Dia terkenal kerana membawa

kemodenan ke dalam puisi Australia selepas

tempoh semangat kenegaraan yang kuat. Dia tidak

mengambil peduli tentang subjek tradisi awal

Australia yang terdiri daripada pengiring,

pengembara di darat, dan watak-watak lain. Dia

tidak mengambil berat tentang landskap Australia.

Tema yang kerap dipilih oleh Slessor ialah laut dan

puisi laut yang ditulisnya memperkenalkan aliran

baru dalam puisi Australia. Falsafahnya lebih

moden dan bersifat universal berbanding pemuisi

Australia yang lebih awal.

UMUM 
PUSAT DOKUMENTASI SASTERA H.B. JASSINPUSAT DOKUMENTASI SASTERA H.B. JASSIN, dokumentasi bahan sastera.  Sebelum mendokumentasikan karya sastera, sejak tahun 1933, H. B. Jassin sudah mula mendokumentasikan buku hariannya, tulisannya dalam akhbar dan majalah, buku sekolah, buku-buku tulisan yang berisi karangan yang ditulisnya di dalam kelas, surat peribadi dan foto peribadi.  Kecintaan H. B. Jassin terhadap dokumentasi mungkin didorong oleh ayahnya sendiri yang mempunyai perpustakaan peribadi waktu itu.SASTERAKarya
SUARA

SUARA, kumpulan puisi Toto Sudarto Bachtiar.  Kumpulan puisi ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1956, dan diulang cetak pada tahun 1962 dan 1977.  Suara memuatkan sebanyak 43 buah puisi yang ditulisnya antara tahun 1950 hingga tahun 1955.

SASTERAKarya

Kembali ke atas