TANDA SERU | Tanda seru ialah tanda baca yang ditunjukkan sebagai ! di hujung ayat. Tanda seru menunjukkan perasaan berhubung dengan apa yang ditulis. Ia menjadi tanda isyarat kepada pembaca bahawa sesuatu ayat mengungkapkan perasaan yang mendalam. Tetapi biasanya ia adalah pengganti yang lemah bagi teknik penulisan yang sepatutnya digunakan oleh penulis yang baik untuk menyatakan emosi yang kuat. | UMUM | |
TANDA TITIK BERTINDIH | Tanda titik bertindih ialah tanda baca yang ditunjukkan sebagai: Fungsi utamanya adalah untuk memisahkan pengenalan daripada apa yang diperkenalkan: senarai, petikan panjang, ilustrasi, atau penerangan. Tanda titik bertindih paling kerap digunakan apabila kata yang mendahuluinya membentuk ayat lengkap, seperti dalam ayat kedua rencana ini. Terdapat dua kekecualian. Tanda titik bertindih boleh digunakan untuk mengakhiri pembukaan surat perniagaan formal, dan ia boleh digunakan selepas tajuk utama sesuatu garis kasar. Lihat juga Tanda baca. | UMUM | |
SEMAFOR | Semafor ialah kaedah memberi isyarat dengan menggunakan sasaran atau bendera. Setiap kedudukan sasaran mempunyai makna yang dapat ditafsir oleh seseorang yang terlatih. Satu set arahan bendera yang standard boleh mengeja abjad Inggeris. Setiap satunya ditunjukkan dalam rencana huruf abjad dalam Ensiklopedia Dunia , seperti A . Urutan bagi arahan ini dapat digunakan untuk mengeja perkataan dalam mesej. Angka dieja, tetapi beberapa arahan merupakan perkataan, seperti “kesilapan”, atau frasa. Terdapat juga sedikit variasi dalam arahan untuk A dan G. Bendera Semafor digunakan oleh anggota angkatan laut dan kereta api sedunia. Mesej boleh dihantar pada kelajuan kira-kira 25 perkataan seminit. Lihat juga Kereta api (Kawalan trafik). | UMUM | |
KONJUGASI | Konjugasi ialah senarai lengkap bentuk kata kerja mengikut modus, bilangan, orang, kala, dan ragam. Sinopsis ialah ringkasan bentuk-bentuk ini bagi satu orang sahaja, seperti yang ditunjukkan di bawah bagi kata kerja show. | UMUM | |
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN | Kepimpinan Melalui Teladan, panduan cara memimpin melalui teladan yang baik dan berkesan yang ditunjukkan oleh pemimpin. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Konsep |
KESEIMBANGAN KIMIA | Keseimbangan kimia ialah keadaan seimbang yang tercapai apabila tindak balas kimia kelihatan terhenti. Tindak balas ini biasanya ditunjukkan dengan menulis persamaan kimia yang mempunyai dua anak panah.
|