| SABAR | Antara sifat mulia dan terpuji yang sangat dituntut supaya masyarakat Islam sama-sama mengamalkannya. | AGAMA | Konsep |
| NEW NETHERLAND | New Netherland ialah salah sebuah wilayah di Amerika yang dituntut oleh Belanda pada awal tahun 1600-an. Ia merangkumi kawasan yang kini dikenali negeri Connecticut, Delaware, New Jersey, dan New York. | UMUM | |
| NOTA JANJI | Nota janji ialah janji tidak bersyarat serta tak boleh mansuh yang dibuat secara bertulis untuk membayar sejumlah wang tertentu apabila dituntut ataupun pada waktu yang telah ditetapkan kepada orang yang dinamakan. Nota janji biasanya berupa janji hendak membayar balik wang yang telah dipinjamkan untuk tujuan perniagaan. Jumlah yang harus dibayar balik itu biasanya lebih besar daripada jumlah yang dipinjam. Perbezaannya ialah faedah bagi pinjaman tersebut. Orang yang menandatangani nota tersebut dikenali sebagai pembuat . Orang yang akan dibuat bayaran kepadanya dikenali sebagai penerima . Tarikh apabila bayaran itu perlu dibuat dikenali sebagai tarikh tebus . | UMUM | |
| SOSIALISASI | Sosialisasi, dalam bidang sains tingkah laku, merujuk kepada proses kompleks yang dialami oleh individu ketika belajar mengenal dan melaksanakan tingkah laku yang dituntut oleh masyarakat. Sosialisasi memperkenalkan tabiat, idea, sikap, dan nilai. Para ahli sains tingkah laku yang terdiri daripada ahli antropologi, ahli psikologi, dan ahli sosiologi menganggap sosialisasi sebagai salah satu cara utama masyarakat mengabadikan kewujudannya. Melalui sosialisasi, kebudayaan dipindahkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. | UMUM | |
| IHSAN | Ihsan, sifat terpuji yang sangat dituntut dalam Islam. Perkataan ini berasal daripada bahasa Arab hasana yang bermaksud melakukan kebaikan. | AGAMA | Konsep |
| SAMOS | Samos ialah pulau Yunani di Laut Aegean dan dipisahkan dari pinggir laut Turki oleh Selat Samos (lihat Greece [peta]). Samos meliputi kawasan seluas 476 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 31 629 orang. Ekonomi pulau ini bergantung pada pelancongan, pembuatan wain, dan pengeluaran keluaran hutan, tembakau serta anggur. Pelabuhan Vathi ialah ibu kotanya. Samos dahulunya merupakan sebahagian Yunani purba. Ia merupakan sebahagian daripada Empayar Uthmaniyyah dari pertengahan tahun 1400-an hingga tahun 1913, apabila dituntut semula oleh Greece selepas Perang Balkan Kedua. | UMUM | |