NAUTILUS | Nautilus ialah haiwan laut yang mempunyai badan yang lembut yang sebahagiannya ditutup oleh cangkerang yang berlingkar. Nautilus tergolong ke dalam kelas haiwan yang sama dengan sotong dan sotong kurita. Cangkerang nautilus mengandungi kira-kira 30 ruang yang digarisi oleh bahan berwarna pelangi yang dikenali sebagai gewang atau nakre . Bahan ini menyebabkan haiwan ini juga biasanya dikenali sebagai nautilus mutiara . Nautilus tinggal pada kedalaman antara enam meter hingga 300 meter di Lautan Pasifik Selatan dan Lautan Hindi. Ia makan ketam dan haiwan krustasia lain. Terdapat kira-kira enam jenis spesies nautilus yang ada pada hari ini. Sekurang-kurangnya terdapat 2000 bentuk fosil daripada jenis ini yang diketahui. | UMUM | |
UJIAN TOKOKAN TEKANAN | Kaedah ujian telaga yang sering digunakan dalam industri petroleum. Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan keupayaan reservoir (kh) atau kebolehtelapan-tebal dan kulit (S) telaga. Kadangkala, tekanan purata reservoir juga diperoleh menerusi ujian ini. Untuk menjalankan ujian tokokan tekanan, mula-mula telaga ditutup sehingga tekanan reservoir menjadi stabil. Selepas itu, telaga dibuka dan dialirkan. Hal ini menyebabkan tekanan reservoir menyusut. Seterusnya telaga ditutup sekali lagi dalam sela masa tertentu. Semasa telaga ditutup, tekanan permukaan formasi diukur. Penutupan kali kedua ini menyebabkan tekanan reservoir bertambah. Itulah sebabnya ujian ini dinamai ujian tokokan tekanan.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Kaedah |
STONE, EDWARD DURELL | Stone, Edward Durell (1902–1978) ialah arkitek Amerika yang terkenal kerana hiasan konkritnya. Bangunan-bangunan yang direka oleh Stone yang termasyhur hampir ditutup sepenuhnya oleh hadangan konkrit yang dibuat dengan teliti, untuk perlindungan daripada matahari. Banyak antara bangunan yang direka oleh Stone dibina untuk pelanggan komersil, kerajaan dan akademik di luar Amerika Syarikat. | UMUM | |
KONSERTINA | Konsertina ialah alat muzik yang rid logamnya akan bergetar apabila terdapat tekanan udara yang terhasil setelah belos dibuka dan ditutup. | UMUM | |
AURAT | Aurat, anggota badan yang wajib ditutup mengikut Islam dan seseorang akan berasa malu apabila ia didedahkan. | AGAMA | Konsep |
KUPANG | Kupang ialah haiwan air yang badan lembutnya di dalam cangkerang keras. Kupang hidup dalam laut dan dalam air tawar. Cangkerangnya terdiri daripada dua keping cangkerang dan dinamakan injap. Injap ini dicantumkan oleh sendi dan boleh dibuka dan ditutup. | UMUM | |
SAMPUL SURAT | Sampul surat ialah lipatan kertas yang digam. Ia berfungsi sebagai sampul untuk mengisi surat dan kertas lain yang ingin dipos, atau ia juga bertindak sebagai pelindung daripada kehilangan atau kerosakan. Sampul surat diperbuat daripada helaian kertas tunggal yang dilipat, oleh itu hanya satu sahaja penutup yang terbuka. Penutup ini digam supaya sampul surat boleh ditutup setelah surat atau kertas dimasukkan. Sampul surat yang berperekat sendiri menggunakan gam yang tidak perlu lagi dilembapkan untuk dilekatkan. Mesin yang pertama berjaya membuat sampul surat telah dipatenkan pada tahun 1849 oleh J.K. Park dan C.S. Watsen dari New York City. Pada tahun 1898, John Ames Sherman telah mematenkan mesin pencetak sampul surat yang telah banyak diperbaik, mengurangkan kos membuat sampul surat bergam. | UMUM | |
TERARIUM | Terarium ialah nama bagi bekas lut sinar yang digunakan untuk memelihara tumbuh-tumbuhan kecil atau haiwan darat yang kecil. Terarium mewujudkan persekitaran sehampir mungkin dengan persekitaran atau habitat semula jadi. Manusia menghasilkan terarium dalam bekas kaca atau plastik pelbagai saiz dan bentuk. Bekas ini biasanya ditutup untuk mencegah kehilangan lembapan. Perkataan terarium berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud “bumi”. | UMUM | |
MENGUAP | Menguap ialah perbuatan membuka mulut dengan luas, atau menganga untuk mengambil udara. Menguap biasanya disebabkan oleh mengantuk, letih, atau bosan. Menguap adalah satu tanda bahawa tubuh kita memerlukan tidur. Tindakan ini ialah satu gerak refleks luar kawalan. Apabila tindakan ini telah dimulakan, susah untuk memberhentikannya. Mulut boleh ditutup tetapi otot-otot yang berkaitan masih lagi mengecut. | UMUM | |
SUIS ELEKTRIK | Suis elektrik ialah peranti yang mengawal aliran arus elektrik dalam litar. Jenis yang paling biasa ialah suis togol tindakan sentap yang digunakan untuk menghidupkan dan memadamkan lampu. Dalam suis demikian, handal tertebat mengaktifkan mekanisme tersorok yang menyambungkan atau memutuskan litar. Apabila suis dihidupkan dua logam bersentuh dan arus mengalir melalui litar. Apabila suis ditutup sentuhan terpisah dan aliran arus terputus. | UMUM | |