DIANG-DIANGAN | DIANG-DIANGAN, cerita rakyat Brunei yang dituturkan secara berlagu dari mulut ke mulut dengan diiringi pukulan gendang yang khusus. Cerita ini dituturkan dalam dialek bahasa Brunei yang diselang-seli dengan perkataan-perkataan Melayu Brunei lama. Diang-diangan berbeza bentuknya daripada hikayat dan syair, walaupun sering terdapat persamaan bunyi pada akhir kalimat yang tertentu. Diang-diangan hanya mementingkan kata-kata yang sesuai dan menarik untuk menghidupkan jalan cerita. | SASTERA | Karya |
SASTERA KOREA | Sastera yang diamalkan dan dituturkan oleh masyarakat korea. | SASTERA | Konsep |
BAHASA MELAYU TUTONG | BAHASA MELAYU TUTONG, bahasa Melayu yang termasuk dalam kelompok bahasa Austronesia yang dituturkan di Negara Brunei darussalam. Bahasa Melayu Tutong (BT) dituturkan oleh puak Tutong (salah satu puak jati di Brunei) yang majoritinya tinggal di daerah Tutong. | BAHASA | Konsep |
ALFIERI, VITTORIO | Alfieri, Vittorio (1749–1803), penulis drama dan penyair Itali. Dia lahir dalam keluarga aristokratik di Asti, di daerah bahasa Perancis dituturkan oleh golongan bangsawan. Pengalaman menulis pementasan pertamanya pada tahun 1774 mengajarnya betapa kurangnya pengetahuannya tentang orang Itali | UMUM | |
ARYA | Arya ialah istilah yang digunakan untuk kumpulan bahasa Asia dan untuk bangsa-bangsa tertentu. Indo-Arya ialah sekumpulan bahasa yang dituturkan terutamanya di benua kecil India. Sesetengah bahasa ini wujud sejak lama dahulu kira-kira pada tahun 1500 S.M. Indo-Arya termasuk bahasa Sanskrit purba dan bahasa Hindi moden. Dalam bahasa Sanskrit, istilah arya dirujuk kepada sekumpulan orang di India purba. Orang Arya ini adalah Brahman, ahli kasta Hindu yang tertinggi, yang mengikut amalan agama yang diterima pada tradisinya dan menggunakan bahasa Sanskrit. Dalam bahasa Sanskrit, arya juga bermakna bangsawan. | UMUM | |
DIALEK MELAYU PATANI | DIALEK MELAYU PATANI, dialek yang dituturkan oleh penduduk Melayu di wilayah Patani, Narathiwat dan Yala, di selatan Thailand dan dituturkan juga oleh sebilangan penduduk yang berasal dari kawasan Patani yang kini mendiami beberapa perkampungan di pedalaman Kedah dan Perak, seperti di Baling, Sik dan Larut-Matang. | BAHASA | Bahasa |
SEMANTIK | Semantik , dalam logik, ialah kajian tentang tanda dan simbol, termasuk perkataan, yang dikatakan bermakna. Ia juga adalah kajian mengenai bagaimana kelakuan manusia dipengaruhi oleh kata-kata, sama ada dituturkan oleh orang lain atau kepada diri sendiri dalam fikiran sendiri. Dalam filologi, iaitu kajian saintifik mengenai bahasa, semantik digunakan untuk dimaksudkan kajian sejarah mengenai perubahan makna perkataan. | UMUM | |
BAHASA MELAYU DI SUMATERA | BAHASA Melayu DI SUMATERA, bahasa Melayu yang dituturkan oleh penduduk di Pulau Sumatera, salah satu tempat asal bahasa Melayu (selain Semenanjung Tanah Melayu). | BAHASA | Konsep |
DIALEK MELAYU DI KALIMANTAN | DIALEK MELAYU DI KALIMANTAN, dialek yang dituturkan oleh penduduk Pulau Borneo yang luas dan terbahagi atas tiga negara: Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Di kawasan negara-negara itu, bahasa Melayu sudah dinyatakan sebagai bahasa kebangsaan. Selain sebagai bahasa rasmi dan baku oleh seluruh masyarakat, baik Melayu mahupun Modang, Melanau atau Cina, terdapat banyak dialek Melayu yang dituturkan di Pulau Borneo. Penutur-penutur pelbagai dialek ini berbahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Di samping bahasa Melayu yang baku, mereka bertutur sehari-hari dalam dialek Melayu daerah masing-masing. | BAHASA | Bahasa |
SIMBOL | Simbol ialah apa-apa sahaja yang menyampaikan satu fakta atau idea atau yang melambangkan sesuatu objek. Sesetengah simbol, seperti bendera dan tanda berhenti, adalah simbol visual. Unsur lain, termasuk muzik dan perkataan yang dituturkan yang melibatkan bunyi. Simbol menduduki antara ciptaan kata tertua dan yang paling asas. | UMUM | |