EJAAN DAN TULISAN RENCONG | EJAAN DAN TULISAN RENCONG, sistem ejaan dan tulisan asli peribumi Asia Tenggara. Tulisan ini masih kontroversi dari segi tempat asal dan namanya. Ada pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini berasal daripada tulisan India, iaitu daripada tulisan Devanagari atau Pallava yang diubahsuai, sehingga membentuk satu jenis tulisan baharu yang berlainan daripada tulisan yang asal. Terdapat juga pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini ialah tulisan asli peribumi Asia Tenggara, bukan pinjaman daripada tulisan India.
| BAHASA | Bahasa |
O | O ialah huruf ke-15 dalam abjad Inggeris. Ia juga terdapat dalam abjad yang digunakan oleh orang Semit, yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. Mereka menamakan huruf ini ayin , perkataan mereka bagi mata. Mereka menggunakan gambar mata yang diubahsuai sebagai simbol huruf ini. Mereka mungkin meminjamnya daripada hiroglif atau huruf bergambar Mesir. Orang Phoenicia meminjam huruf ini daripada orang Semit. Kemudian, orang Yunani meminjamnya pula daripada orang Phoenicia. Mereka menamakannya omikron . Lihat Abjad. | UMUM | |
TENEMEN | Tenemen ialah satu istilah yang kerap digunakan untuk menerangkan tentang rumah kediaman yang sesak lagi usang. Tenemen juga merujuk kepada sebarang bangunan kediaman yang disewakan kepada dua atau lebih keluarga atau penyewa. Sebuah tenemen boleh merupakan sebuah bangunan kediaman lama yang diubahsuai untuk menempatkan keluarga yang berpendapatan rendah dengan kemudahan yang kurang bermutu. | UMUM | |
TEMBIKAI | Tembikai ialah nama buah daripada beberapa jenis tumbuhan yang tergolong dalam famili labu. Tembikai hanya hidup untuk satu musim. Daun dan batangnya berbulu. Batangnya yang menjalar atau memanjat melekatkan dirinya dengan sulur paut pada benda yang dipanjatnya. Sulur paut ialah daun yang diubahsuai yang kelihatan seperti gelang kecil wayar. Tembikai sebenar adalah bulat atau berbentuk seperti telur. Saiz dan teksturnya sangat berbeza-beza. Lebarnya mungkin 30 sentimeter atau lebih dan beratnya dari 1 hingga 4 kilogram. Warna buahnya berbeza-beza daripada samar kesumba dan kuning hingga kepada hijau muda atau hijau gelap. Isinya berair dan berwarna hijau, putih, kuning, jingga, samar, atau merah. | UMUM | |
PROSTAGLANDIN | Prostaglandin ialah nama sekumpulan sebatian kimia yang penting. Ia terdapat di seluruh badan manusia dan haiwan. Ia membantu mengatur berbagai-bagai fungsi, seperti pengeluaran asid perut, tekanan darah dan suhu badan, serta aktiviti otot dalam organ seperti bronkus, usus, rahim dan lain-lain organ badan. Prostaglandin juga memainkan peranan utama dalam pembiakan. Ahli sains telah mengenal pasti lebih daripada 20 prostaglandin, yang kesemuanya adalah asid lemak versi yang telah diubahsuai. | UMUM | |
PUKUL EMPAT | Pukul empat juga dikenali sebagai keajaiban Peru , ialah tumbuhan saka yang menarik (tumbuhan yang hidup lebih daripada satu tahun) yang berasal dari kawasan tropika Amerika. Ia mudah tumbuh, dan sering ditanam sebagai tumbuhan tahunan (tumbuhan yang hidup hanya satu tahun). Pukul empat tumbuh daripada kira-kira 60 hingga 120 sentimeter tingginya. Bunganya yang harum berwarna putih, samar, merah, kuning, atau campuran beberapa warna ini. Apa yang kelihatan sebagai bunga adalah sebenarnya involukre (braktea yang diubahsuai) yang berwarna-warni yang mengelilingi bunga sebenar yang halus. Pukul empat mendapat namanya kerana bunganya kembang pada lewat petang dan kuncup pada waktu pagi. | UMUM | |
MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH | MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH, badan yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hal ehwal agama Islam di Sabah. Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) ditubuhkan pada 16 Februari 1971 dengan kelulusan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak No. 15/1971 oleh Dewan Undangan Negeri. Enakmen tersebut kemudiannya diubahsuai, dikemas kini dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada tahun 1977. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SI LUNCAI | SI LUNCAI, cerita rakyat yang digolongkan dalam cerita jenaka Melayu. Cerita ini disadur daripada hikayat Hindu tua, iaitu Jataka, Panca Tanderan dan Katha Sarit Sagara. Cerita Si Luncai telah diubahsuai sehingga menjadi sebahagian warisan tradisi setempat. Cerita ini telah sebati dengan masyarakat Melayu dan mereka menganggap watak Si Luncai sebagai manusia yang hidup di Alam Melayu. Struktur cerita Si Luncai yang menarik dan mudah membolehkannya diceritakan oleh sesiapa sahaja dalam bentuk pertuturan seharian. | SASTERA | Karya |
TARIAN NGAJAT | TARIAN NGAJAT, tarian suku kaum Iban, Kenyah, Kayang, Bidayuh dan Orang Ulu di Sarawak. Tidak dapat dipastikan asal usul tarian ini. Walau bagaimanapun, ngajat dikatakan berkembang di rantau ini pada sekitar abad ke-16. Pada zaman dahulu, ngajat lazimnya ditarikan oleh kaum lelaki sahaja atau, sekiranya perempuan, perempuan sahaja yang menari. Tidak pernah dilakukan penari lelaki berpasangan dengan penari perempuan dalam sesuatu persembahan. Kini, sesuai dengan peredaran masa, ngajat telah diubahsuai dan boleh ditarikan secara berpasangan, lelaki dan perempuan. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA | MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA, maktab latihan perguruan bagi guru wanita yang pertama di Malaysia. Maktab ini dibuka secara rasmi pada 31 Januari 1935 dengan nama The Malay Women’s Training College (MWTC). Maktab ini terletak di kawasan kampus seluas 17 hektar di Jalan Tun Fatimah, Durian Daun, Melaka. Kerajaan kolonial memilih Melaka kerana sifat historikal dan kedudukannya yang strategi. Di samping itu terdapat sebuah bangunan hospital yang telah dikosongkan dan diubahsuai untuk dijadikan maktab tanpa perbelanjaan yang besar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |