ROBEY, SIR GEORGE | Robey, Sir George (1869–1964) ialah salah seorang bintang muzik dewan Inggeris. Dia terkenal dengan kepetahan bercakap, kata bernas dan lucu yang diucapkan tanpa sebarang persediaan, nyanyian dan sketsa watak seperti “The Prehistoric Man”. Semasa Perang Dunia I (1914– 1918), dia mengambil peranan dalam pusparagam The Bing Boys Are Here, yang termasuklah lagu “If You Were the Only Girl in the World “. | UMUM | |
PRÉVERT, JACQUES | Prévert, Jacques (1900–1977), berkemungkinan penyair Perancis yang paling terkenal pada pertengahan tahun 1900-an. Puisinya, Paroles ( kata- kata yang diucapkan ), menjadi laris dengan serta merta apabila disiarkan pada tahun 1946. | UMUM | |
OPERETA | Opereta ialah sejenis teater muzikal yang popular sejak pertengahan tahun 1800-an hingga tahun 1920-an. Opereta berkembang daripada opera komedi Perancis. Walau bagaimanapun, tidak seperti opera, opereta mengandungi dialog yang diucapkan, bukan dialog yang dinyanyikan, dan lagu, bukan aria. Overtur opereta sering kali lebih merupakan rangkai lagu daripada pertunjukan itu daripada gubahan yang berasingan, seperti dalam opera. | UMUM | |
DIKIR | DIKIR, satu upacara agama atau pengabdian diri kepada Tuhan yang diamalkan oleh kumpulan agama. Dikir berasal daripada istilah Arab, zik’r. Dikir atau zikir mempunyai beberapa maksud, iaitu doa atau puji-pujian kepada Allah yang diucapkan secara berlagu atau tidak atau dengan cara berulang-ulang; doa atau puji-pujian berlagu seperti dalam perayaan maulid Nabi, yang sering kali diiringi alat muzik seperti kompang atau rebana; dan lagu atau nyanyian berpantun secara beramai-ramai seperti dalam persembahan dikir barat. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
JAMPI SERAPAH | JAMPI SERAPAH, ungkapan berirama yang diucapkan dalam suasana atau keadaan tertentu untuk menghasilkan kesan tertentu. Air sejuk, misalnya, menjadi penawar setelah dijampi serapah oleh bomoh. Sebagai ungkapan berirama, jampi serapah mengandungi perkataan yang menggambarkan pelbagai suasana, misalnya kutukan, pujuk rayu dan puji-pujian, selari dengan tujuan penggunaan jampi serapah itu. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
CERITA LISAN | CERITA LISAN, cerita yang dituturkan atau diucapkan juga dikenal sebagai sastera rakyat. Cerita lisan ini tersebar dari mulut ke mulut dan diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Cerita ini lahir dalam masyarakat tertutup yang tidak tahu membaca dan menulis. Selain sebagai hiburan, fungsi cerita lisan ini adalah memberikan gambaran cara hidup dan kebudayaan masyarakat yang menghasilkannya. Terdapat sarjana yang telah mengkaji corak hidup sesuatu masyarakat hanya berdasarkan cerita lisan. | SASTERA | Konsep |
LIBEL | Libel ialah kenyataan bertulis, bercetak atau kenyataan lain dalam bentuk kekal yang merosakkan nama baik seseorang. Gambar, tanda dan maklumat yang disiarkan di radio atau televisyen mungkin mengandungi libel. Slander sama seperti libel. Walau bagaimanapun, slander melibatkan kata-kata yang diucapkan atau kenyataan yang dilafazkan yang merosakkan nama baik seseorang. Di negara-negara yang membenarkan kes-kes slander, mangsa slander mesti dapat membuktikan bahawa nama baiknya benar-benar tercemar. Dalam tindakan libel, bukti bahawa nama baik seseorang itu telah tercemar tidak diperlukan. Libel dan slander merupakan bentuk fitnah . Biasanya individu menjadi sasaran libel, tetapi syarikat atau perbadanan mungkin membuat dakwaan kerana menyebabkan nama syarikat atau perbadanannya terjejas. | UMUM | |