Taraf hidup biasanya merujuk kepada taraf ekonomi yang dicapai oleh seseorang individu, keluarga atau negara. Taraf hidup boleh diukur melalui nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan atau digunakan oleh individu, keluarga atau negara dalam satu tempoh waktu yang ditetapkan. Tafsiran lain tentang taraf hidup adalah berasaskan matlamat yang ditetapkan oleh orang ramai untuk diri mereka sendiri sebagai pengguna. Dengan kata lain, apabila seseorang mempunyai jumlah yang mencukupi dari segi keperluan untuk hidup dengan selesa dan gembira, mereka telah mencapai taraf hidup mereka. |