PI | Pi ialah nisbah lilitan satu bulatan kepada diameternya. Nisbah ini sama bagi setiap bulatan dan mempunyai nilai lebih kurang 3.14159. Ia diwakili oleh huruf Yunani ð (pi) . | UMUM | |
MAPHILINDO | MAPHILINDO, gagasan untuk menyatukan negara-negara rumpun Melayu. Gagasan ini merangkumi Tanah Melayu Persekutuan (Malaya), Indonesia dan Filipina dalam satu persekutuan yang besar. Gagasan MAPHILINDO (Malaya, Philippines, Indonesia) dikemukakan oleh Diasdado Macapagal, Presiden Filipina, di Persidangan Menteri-Menteri Luar, di Manila pada bulan Jun 1963. Persidangan ini dihadiri oleh pemimpin dari ketiga-tiga negara untuk berunding bagi menyelesaikan konflik antara negara berkaitan isu penubuhan Persekutuan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra pada tahun 1961. Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan; Indonesia diwakili oleh Dr. Subandrio, Menteri Luar; dan Filipina diwakili oleh Emmanuel Pelaez, Naib Presiden merangkap Setiausaha Luar Negara. Adalah diharapkan penubuhan gagasan ini dapat mewujudkan keamanan serantau dan ia dapat bertindak sebagai benteng kepada ancaman luar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
TEORI DUA SAPUT | Teori yang menjelaskan bahawa terdapat tiga rintangan terhadap proses pengangkutan, iaitu rintangan dalam fasa gas, fasa cecair dan permukaan sentuhan antara dua fasa tersebut, iaitu lapisan antara muka. Teori dua saput bersandar pada andaian bahawa terdapat satu lapisan saput yang nipis yang terbina di sempadan sistem. Rintangan terhadap proses pengangkutan dalam fasa gas atau cecair diwakili oleh rintangan yang terdapat dalam saput fasa tersebut. Fasa gas mempunyai komposisi komponen A yang lebih tinggi daripada fasa cecair. | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
SHAHNON AHMAD, DATO’ | Shahnon Ahmad, Dato’ (1933– ) ialah penulis, pengkritik sastera, dan ahli politik. Dia merupakan penerima Anugerah Sasterawan Negara yang kedua (1982). Shahnon juga merupakan pelopor penerapan konsep Islam dalam kesusasteraan Melayu. Novel Shahnon yang terkenal, Ranjau Sepanjang Jalan (1969) mengisahkan kemiskinan keluarga petani di Banggul Derdap, Sik, Kedah yang diwakili oleh Lahuma bersama-sama isteri, Jeha, serta anak-anaknya. Novel ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Jepun, Sweden, Rusia, Iceland, Belanda, dan Denmark. Di samping itu, novelnya yang berunsur Islam seperti al-Shiqaq (1986), Umi dan Abang Syeikul (1988), dan Tuk Guru (1988) menampilkan suatu pendekatan baharu dalam menyampaikan kesedaran beragama dan pelaksanaannya. Shahnon juga menghasilkan novel-novel yang berkaitan dengan fenomena politik semasa yang berlaku di tanah air seperti tergambar dalam novelnya Menteri (1967), Perdana (1969), Tunggul Gerigis (1988), Patriarch (1991), Sutan Baginda (1990), dan Shit (novel satira, 1999). Shahnon juga menghasilkan novel-novel yang berkaitan dengan pergolakan sosial dan kejatuhan moral masyarakat kesan daripada pengaruh pemodenan seperti terlukis dalam novelnya Kemelut (1977) dan Tivi (1995). | UMUM | |
NOMBOR BULAT | Nombor bulat ialah nombor-nombor yang bermula dari 0, 1, 2, 3, 4, 5, .... Set kepada semua nombor bulat boleh diwakili dengan simbol W = {0, 1, 2, 3, ...}. Nombor bulat (1, 2, 3...) juga dikenali sebagai nombor pembilang, dan nombor tabii. | MATEMATIK | Konsep |
UNDANG-UNDANG DASAR 1945 | UNDANG-UNDANG DASAR 1945, undang-undang dasar yang diperakukan di negara Indonesia. Undang-undang dasar ini disahkan pada 18 Ogos 1945 oleh suatu badan yang disebut Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia yang anggotanya diwakili oleh semua golongan di Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PERBICARAAN MELALUI KOMBAT | Perbicaraan melalui kombat juga dikenali sebagai perbicaraan melalui pertempuran , atau pertaruhan pertempuran , adalah satu cara menyelesaikan perbalahan undang-undang pada Zaman Pertengahan. Golongan bangsawan mengamalkannya bertahun-tahun lamanya. Perbicaraan melalui kombat berbeza daripada pertarungan dua orang kerana orang ramai percaya bahawa Tuhan akan masuk campur dan membantu pihak yang benar. Mengikut prosedur yang biasa, tertuduh akan menentang penuduh. Golongan bangsawan kadangkala melantik pahlawan-pahlawan untuk bertarung bagi pihak mereka. Golongan wanita dan paderi biasanya diwakili oleh orang lain. Perbicaraan melalui kombat diperkenalkan di England oleh William Si Penakluk. Perbicaraan berjuri secara beransur- ansur mengambil alih perbicaraan ini. | UMUM | |
PERSIDANGAN AFRO-ASIA | PERSIDANGAN AFRO-ASIA, persidangan pertama negara-negara Asia dan Afrika. Persidangan ini diadakan di Bandung, Indonesia pada 18 hingga 24 April 1955. Sebanyak 29 buah negara Asia dan Afrika mewakili persidangan ini, Asia diwakili oleh Afghanistan, Arab Saudi, Burma, Kemboja, Ceylon, China, India, Indonesia, Iran, Jepun, Jordan, Laos, Lebanon, Nepal, Pakistan, Filipina, Syria, Thailand, Turki, Vietnam Utara, Vietnam Selatan dan Yaman. Negara-negara Afrika yang hadir ialah Ethiopia, Gold Coast, Liberia, Libya, Mesir dan Sudan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
PERJANJIAN PAINAN | PERJANJIAN PAINAN (1663), perjanjian yang ditandatangani pada 5 Julai 1663 antara pemerintah tempatan Sumatera Barat iaitu wakil-wakil dari Inderapura, Sapuloh Buah Bandar, Padang dan Tiku dengan Belanda di Betawi. Belanda diwakili oleh Jan van Groenewegen, seorang pegawai tertinggi Belanda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
BAHASA-BAHASA SABAH | BAHASA-BAHASA SABAH, bahasa penduduk di Sabah yang tidak terbatas kepada mereka yang sudah beratus tahun tinggal di Sabah dan di Kepulauan Melayu, tetapi juga termasuk mereka yang datang dari luar untuk bermastautin di situ. Dengan itu, bahasa yang dituturkan di Sabah tidak terhad kepada bahasa daripada rumpun Austronesia, tetapi juga bahasa dari rumpun yang lain. Golongan kedua ini diwakili oleh bahasa Cina yang terdiri daripada berbagai-bagai dialek, bahasa dari India, dan juga bahasa Inggeris. Di samping itu, terdapat bahasa Chabacano yang pada hakikatnya tidak termasuk dalam mana-mana rumpun, kerana bahasa yang dibawa oleh pendatang Filipina ini merupakan bahasa Kreol, hasil campuran bahasa Filipina, Sepanyol dan Inggeris. | BAHASA | Bahasa |