PELABUHAN BEBAS CUKAI | Pelabuhan yang diwartakan oleh kerajaan sebagai pelabuhan yang dikecualikan cukai terhadap barangan import. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Konsep |
MONUMEN KEBANGSAAN WHITE SANDS | Monumen Kebangsaan White Sands terletak di selatan New Mexico, Amerika Syarikat. Ia terdiri daripada timbunan besar pasir gipsum yang diterbangkan angin lalu membentuk bukit pasir (gumuk). Ketika cahaya terang, bukit pasir ini kelihatan seperti padang salji yang luas. Monumen ini diwartakan pada tahun 1933. | UMUM | Umum |
HUTAN SIMPAN | Hutan simpan, hutan yang diwartakan untuk mengelakkan kawasan itu daripada diceroboh dan dieksploitasi oleh manusia. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Konsep |
KAMPUNG BARU | KAMPUNG BARU, petempatan orang Melayu yang tertua di Kuala Lumpur. Nama Kampung Baru mengambil sempena daripada pengisytiharan sebuah kawasan yang mula diwartakan oleh kerajaan British pada akhir abad ke-19. Pembentukan Kampung Baru secara rasmi diisytiharkan pada tahun 1899. Sebenarnya, Kampung Baru diasaskan lebih awal oleh para peneroka. Golongan peneroka awal ini sebahagian besarnya merupakan para perantau dari Jawa, Bawean, Minangkabau, Mandailing dan Kerinci. Selain itu, ramai juga mereka yang berasal dari Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |