DOKTRIN MONROE | Doktrin Monroe, dilancarkan oleh Presiden James Monroe dalam satu ucapannya di Kongres Amerika Syarikat pada 2 Disember 1823. Doktrin ini menjamin semua negara yang merdeka di Hemisfera Barat daripada campur tangan negara Eropah sama ada “untuk tujuan menindas mereka atau mengawal kehidupan mereka dengan apa cara sekalipun.” | UMUM | |
DOKTRIN DULUAN | Doktrin duluan ialah prinsip undang-undang yang merujuk kepada sebarang keputusan yang boleh digunakan sebagai piawaian atau contoh dalam mengendalikan kes-kes terkemudian yang hampir serupa. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
SWEDENBORGIAN | Swedenborgian ialah orang yang mengikut rumusan doktrin Kristian sebagaimana yang diajarkan oleh Emanuel Swedenborg, ahli teologi Sweden. Gereja yang berasaskan doktrin ini ditubuhkan di London pada tahun 1787, dan di Amerika Syarikat pada tahun 1792. Gereja-gereja di Amerika Syarikat dan Kanada mewujudkan General Convention of the New Jerusalem pada tahun 1817. Sebuah badan yang berasingan, iaitu General Church of the New Jerusalem, diasaskan pada tahun 1890. Penganut fahaman ini mempunyai perkumpulan dan misi di serata dunia, biasanya dengan cara bersekutu dengan badan-badan di Amerika Syarikat atau dengan Conference of the New Church di United Kingdom. | UMUM | |
THIRTY-NINE ARTICLE | Thirty-Nine Article ialah satu kenyataan doktrin yang dikeluarkan di England pada tahun 1563 dan diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1571. Artikel ini diwujudkan untuk menyelesaikan perbalahan agama yang dibangkitkan oleh Reformasi Protestan. Artikel ini menetapkan kedudukan agama yang diterima semua oleh penduduk Inggeris. Artikel ini masih kekal sebagai doktrin Gereja Anglikan dan disahkan oleh paderi Gereja England. | UMUM | |
KEDAULATAN RAKYAT | Kedaulatan rakyat ialah doktrin yang diwujudkan semasa berlakunya perselisihan tentang dasar perhambaan yang menjadi sebahagian daripada sejarah awal Amerika Syarikat. | UMUM | |
DASAR PEMENCILAN | Dasar pemencilan ialah satu doktrin yang diamalkan oleh orang yang berpendirian bahawa sesebuah negara sepatutnya mengambil pendirian bebas daripada negara lain. | UMUM | |
ADVENTIS | Adventis ialah ahli kumpulan keagamaan yang menekankan doktrin Kedatangan Kedua yang percaya bahawa Jesus Christ mungkin kembali ke dunia pada bila-bila masa. | UMUM | |
REVIVALISME | Revivalisme merupakan pendekatan terhadap agama yang menekankan pengalaman keagamaan seseorang dan bukan doktrin. Ia sering kali dikaitkan dengan ceramah yang bersemangat dan penuh emosi. | UMUM | |
SKOLASTISISME | Skolastisisme ialah sistem falsafah yang menekankan penggunaan taakulan dalam menerokai persoalan falsafah dan teologi. Kumpulan sarjana khususnya cuba membuktikan kebenaran doktrin Kristian. Mereka juga cuba menyelesaikan pendapat yang bertentangan dalam teologi Kristian. Skolastisisme mempunyai pengaruh yang amat kuat dari tahun 1000-an hingga tahun 1400-an, terutama pada tahun 1200- an. Kebanyakan para ilmuwan mengajar di sekolah dan di universiti di barat Eropah. | UMUM | |
ARIANISME | Arianisme ialah pandangan teologi Kristian awal yang diajarkan oleh Arius, paderi di Iskandariah, Mesir. Kira-kira pada tahun 318 M., Arius dan pengikutnya menolak doktrin bahawa ketiga-tiga orang dalam Triniti Kristian–Bapa, Anak dan Roh Kudus – adalah sama. Arius menafikan bahawa Jesus Christ sebagai Anak adalah benar-benar tidak pernah berbuat salah. Arius mengajar bahawa Anak dicipta oleh Tuhan sebagai Bapa dan lebih rendah daripada-Nya. Mengikut Arius, Jesus tidak kekal tetapi seorang yang mulia yang dicipta oleh Tuhan untuk menebus dosa manusia. Arius percaya bahawa Bapa dan Anak lebih mulia daripada Roh Kudus. | UMUM | |