Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dol.fin] | دولفين

Definisi : ikan lumba-lumba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dolfin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DOLFIN

Dolfin ialah nama sekumpulan haiwan laut yang

berkaitan rapat dengan paus dan ikan lumba-lumba.

Seperti paus dan ikan lumba-lumba, dolfin

ialah mamalia dan bukannya ikan. Tidak seperti

ikan, mamalia menyusukan anaknya dengan susu

yang dihasilkan oleh badan ibu. Tidak seperti ikan

juga, dolfin mempunyai paru-paru, dan berdarah

panas – iaitu suhu badannya sentiasa sama tanpa

mengira suhu di persekitarannya. Ramai ahli sains

percaya bahawa dolfin adalah antara haiwan yang

cerdik, di samping cimpanze dan anjing.

UMUM 
DOLFIN SUNGAI

Dolfin sungai ialah sejenis dolfin yang hidup

dalam air tawar atau air agak masin. Ia hidup di

sungai dan di tasik yang panas di Asia dan Amerika

Selatan.

UMUM 
SETASEA

Setasea ialah anggota order mamalia laut yang

terdiri daripada paus, dolfin dan ikan lumba-lumba.

Setasea melahirkan anaknya dan ia hidup

menyusui susu ibunya. Setasea hidup sepenuhnya

dalam air dan bernafas melalui paru-paru.

Badannya yang seperti ikan mempunyai lapisan

lemak yang tebal yang dinamakan bluber yang

memanaskannya. Setasea mempunyai kaki sirip

bagi kaki depan dan tidak mempunyai sirip

belakang. Setasea hampir tidak berbulu.

UMUM 

Kembali ke atas