Smithson, James (1765–1829), ialah ahli sains British yang mengasaskan Institusi Smithsonian di Amerika Syarikat. Dalam wasiatnya, dia memberi lebih 500 000 dollar Amerika kepada Amerika Syarikat untuk penubuhan sebuah institusi saintifik. Kongres Amerika Syarikat menerima pemberian ini dan, pada tahun 1846, menubuhkan Institusi Smithsonian di Washington, D.C. Smithson lahir di Perancis dan mendapat pendidikan di Oxford University. Smithson terkenal kerana penyelidikannya dalam bidang kimia dan mineralogi. Salah satu mineral yang dikajinya dikenali sebagai smithsonit (zink karbonat), dinamakan sebagai penghormatan kepadanya. Lihat juga Institusi Smithsonian. |