MINTOFF, DOM | Mintoff, Dom (1916– ), ketua Parti Buruh Malta, Perdana Menteri Malta dari tahun 1955 hingga 1958 ketika Malta menjadi tanah jajahan United Kingdom. Dia juga berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malta yang merdeka dari tahun 1971 hingga tahun 1984. | UMUM | |
SIALANG | SIALANG (Koompassia excelsa (Becc.) Taub. daripada famili Leguminosae), sejenis pokok hutan yang besar dan antara yang tertinggi di Malaysia. Nama lain bagi pokok ini ialah tualang. Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga melebihi 85 m. Batangnya berukuran antara 1 m hingga 2.5 m diameter, berbanir tinggi dan berwarna kelabu kekuningan, berdahan banyak sehingga membentuk dom dan kadang-kadang terdapat subsilara yang juga berbentuk dom. Daun pokok ini berwarna hijau dan biasanya luruh setahun sekali. Pokok ini mempunyai getah yang berbisa yang boleh menyebabkan kulit gatal-gatal dan bengkak-bengkak. Pokok ini juga amat keras kayunya tetapi dahannya rapuh dan kadang-kadang sekah dengan sendiri. | BUDAYA | Flora dan Fauna |