DOMINION OF NEW ENGLAND | Dominion of New England ialah kumpulan tanah jajahan Inggeris di Amerika Syarikat yang dipersekutukan pada tahun 1686 oleh Raja James II, England. Jajahan dalam dominion ini ialah Connecticut, Massachusetts, New Hampshire, New Jersey, New York, Plymouth, dan Rhode Island | UMUM | |
MACDONALD, SIR JOHN ALEXANDER | Macdonald, Sir John Alexander (1815–1891) ialah perdana menteri pertama Dominion Kanada. Dia memainkan peranan utama dalam mewujudkan dominion itu pada tahun 1867. Macdonald berkhidmat sebagai perdana menteri dari tahun 1867 hingga tahun 1873 dan dari tahun 1878 sehingga dia meninggal dunia pada tahun 1891. | UMUM | |
ANDROS, SIR EDMUND | Andros, Sir Edmund (1637–1714) ialah tentera dan pentadbir Inggeris. Pada tahun 1686, dia menjadi gabenor beberapa buah koloni Amerika Utara, yang dinamakan Dominion of New England. Dia ke Hartford, Connecticut, untuk menuntut piagam yang memberi kepada mereka hak untuk mentadbir sendiri koloni itu. Mereka enggan menyerahkannya. Mengikut legenda, mereka menyembunyikan piagam itu di dalam sebatang pokok, yang kemudian dinamakan Piagam Oak. | UMUM | |
STATUTE OF WESTMINSTER | Statute of Westminster (1931) menubuhkan asas rangka undang-undang untuk Negara-negara Komanwel. Ia memberi kesan kepada keputusan yang dicapai ketika persidangan di London pada tahun 1926 dan tahun 1930. Statut ini mengiktiraf kemerdekaan bahagian utama Empayar British: Komanwel Australia, Dominion Kanada, Negeri Bebas Ireland (Irish Free State), Dominion New Zealand, Newfoundland, dan Kesatuan Afrika Selatan. | UMUM | |