Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Kd (buat) acuh tak acuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata don

Peribahasa

577

Don't teach your grandmother to suck eggs

Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita

Mengunyahkan orang bergigi

''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested.

''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Jangan mengunyahkan orang bergigi. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(149)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNGAI DON

Sungai Don ialah jalan air yang penting di barat

daya Rusia. Sungai Don bermula dari sebuah tasik

kecil dekat Tula. Sungai ini mengalir ke selatan sejauh

1963 kilometer hingga ke Laut Azov. Kapal besar

boleh belayar di sungai ini sejauh kira-kira 1300

kilometer. Satu terusan menyambungkan Sungai Don

dengan Sungai Volga, di tempat sungai-sungai ini

terpisah 60 kilometer. Bahagian utara Sungai Don

mengalir melalui kawasan hutan berpaya. Tetapi

sebahagian besar sungai ini mengalir melalui ladang

yang subur dan kawasan balak.

UMUM 
DON QUIXOTE

Don Quixote ialah novel yang ditulis oleh

Miguel de Cervantes dari Sepanyol. Cervantes

menerbitkan novel ini dalam dua bahagian

sehingga tahun 1800-an, pada tahun 1605 dan

tahun 1615. Don Quixote dianggap sebagai cerita

lucu tentang kembaraan orang gila.

UMUM 
ROSTOV-ON-DON

Rostov-on-Don , juga dikenali sebagai Rostov

(pend. 983 000), merupakan salah sebuah bandar

yang terpenting di Rusia. Rostov (Rostov-na Donu

dalam bahasa Rusia) terletak di tebing Sungai Don,

40 kilometer dari tempat ia mengalir masuk ke Laut

Azov [lihat Rusia (peta politik)].

UMUM 
DON JUAN

Don Juan ialah wira legenda yang termasyhur

dalam kesusasteraan. Legenda ini berasal dari

Eropah pada Zaman Pertengahan.

UMUM 
FATIMAH HAMID DON, DATO'

FATIMAH HAMID DON, Dato’ (1933 -          ), pendidik dan pakar pengajian kurikulum. Dia lahir pada 10 Julai 1933 di Batu Gajah, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan Sekolah Agama di Ipoh, Perak dan di Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pada tahun 1951, dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Singapura, dan mendapat ijazah Sarjana Muda dengan kepujian (1956). Dia mendapat Diploma Phonetics and Linguistics dari university of London.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TIRSO DE MOLINA

Tirso de Molina ialah nama pena Gabriel Tellez

(1584–1648), penulis drama Sepanyol. Maha karyanya

The Deceiver of Seville (1630) memperkenalkan

legenda Don Juan dalam kesusasteraan (lihat Don

Juan ). Tirso mungkin menulis hampir 400 drama,

tetapi hanya 86 drama yang masih wujud, termasuk

drama sejarah dan agama, komedi ringan

berkenaan masyarakat istana, dan tragedi romantik.

Tirso memahami psikologi dan menunjukkan

kemahiran yang lebih menonjol dalam mencipta

watak dari penulis drama Sepanyol lain pada

zamannya. Dia juga menulis cerita ringan, The

Gardens of Toleda (1624), dan yang lebih serius

Pleasure with Profit (1635), beberapa koleksi cerita,

drama pendek dan puisi. Tirso lahir di Madrid. Dia

ialah seorang rahib dan pegawai penting di dalam

gereja Order of Mercy .

UMUM 
ORANG KOSSAK

Orang Kossak merupakan askar yang asalnya

petani yang menetap terutamanya di kawasan

Sungai Dnepr dan Don, yang kini dikenali sebagai

Ukraine Timur dan Rusia Barat. Bermula pada

tahun 1400-an, Poland dan Rusia melatih mengatur

orang Kossak memasuki unit ketenteraan untuk

membantu menentang pencerobohan kaum Tartar.

Poland dan Rusia memberikan banyak

keistimewaan kepada orang Kossak sebagai

ganjaran perkhidmatan mereka. Orang Kossak

membentuk komuniti pemerintahan mereka

sendiri, yang diasaskan kepada prinsip demokrasi.

Perkataan Kossak dalam bahasa Turki bermaksud

orang yang merdeka .

UMUM 
SHEFFIELD

Sheffield (pend. 500 500; pend. kaw. met. 1 303 200)

ialah bandar raya perindustrian di utara-tengah

England. Bandar raya ini terletak di kawasan

berbukit yang indah di pertemuan Sungai Don dan

Sungai Sheaf (lihat England [peta politik]). Sebagai

sebuah bandar raya perindustrian yang penting,

Sheffield telah lama menjadi sebuah pusat untuk

pengeluaran keluli, pinggan perak, dan barangan

logam bermutu tinggi. Alat memotong dan kutleri,

iaitu barangan perak, cerek, dan perkakas meja lain

terkenal pada peringkat antarabangsa.

UMUM 
CHAYA

CHAYA, bandar yang terletak di Teluk Ban Don, sekitar Segenting Kra, Wilayah Surat Thani, Thailand. Pada zaman protosejarah, Chaya menguasai kedua-dua pantai Segenting Kra dan kawasan sekelilingnya, iaitu Takuapa, Takuathung dan Teluk Ban Don.

          

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SHOLOKHOV, MIKHAIL

Sholokhov, Mikhail (1905-1984) ialah penulis

Soviet yang menerima Hadiah Nobel bagi bidang

kesusasteraan pada tahun 1965. Mikhail

Alexandrovich Sholokhov lahir di Veshenskaya,

sebuah perkampungan Cossack yang terletak

berhampiran Sungai Don, di barat daya Rusia.

Dia menjadi terkenal kerana novel dan ceritanya

yang mengisahkan kehidupan dan penduduk di

wilayah kelahirannya.

UMUM 
12

Kembali ke atas