Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.ro.ngan] | دوروڠن

Definisi : 1. sorongan, tolakan, asakan; 2. ki galakan, anjuran, desakan, perangsang: masyarakat kita sekarang telah berpecah-belah kerana mengikut pendapat dan ~ penganjur-penganjur yg bertentangan fa­ham; dia berjaya kerana ~ yg kuat drpd ayahnya sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.ro.ngan] | دوروڠن

Definisi : 1 hasil drpd menolak atau menyorong (ke depan); tolakan; asakan. 2 nasihat (kata-kata) yg memberangsangkan; galakan; desakan: Ayahnya selalu memberi ~ supaya ia melanjutkan pelajarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dorongan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIBIDO

Libido ialah istilah psikoanalisis yang merujuk

terutamanya kepada tenaga naluri semula jadi

atau dorongan tingkah laku. Orang yang pertama

menggunakan istilah ini ialah doktor Austria,

Sigmund Freud (lihat Freud, Sigmund).

UMUM 
KEMATIAN

Kematian bermakna berakhirnya kehidupan.

Semua benda hidup akhirnya akan mati, tetapi

barangkali hanya manusia yang boleh membayangkan

kematian mereka. Kebanyakan manusia

takut kepada kematian dan mencuba untuk tidak

memikirkan tentangnya. Walaupun begitu, sikap

berhati-hati terhadap kematian merupakan salah satu

daripada dorongan utama yang membentuk

tamadun manusia. Sepanjang peredaran sejarah,

manusia tidak pernah berhenti mencari kaedah

perubatan terkini untuk melambatkan kematian. Ahli

falsafah dan ketua agama telah mencuba untuk

memahami makna sebenar kematian. Sesetengah

para cerdik pandai percaya bahawa perkembangan

manusia ini ialah hasil daripada kemampuan

manusia mengatasi kematian dan memperoleh

keabadian hasil pencapaiannya yang berkekalan.

UMUM 
ARSON

Arson ialah perbuatan sengaja membakar

sesebuah rumah atau harta benda lain. Dalam

beberapa hal, arson dilakukan kerana hendak

membalas dendam terhadap pemilik bangunan

atau penghuninya. Kebakaran lain dimulakan untuk

memusnahkan bukti jenayah yang lain, seperti

pembunuhan ataupun mencuri. Dalam hal yang

lain, kes arson berpunca daripada perbuatan

vandalisme atau piromania , iaitu dorongan yang

tak dapat dikawal untuk membakar sesuatu.

UMUM 
KAMUS DWIBAHASA

KAMUS DWIBAHASA, kamus yang menggunakan dua bahasa untuk menjelaskan makna kata atau ungkapan dalam kedua-dua bahasa tersebut. Jika dibandingkan dengan sejarah leksikografi di India dan di Barat, seperti di Rom dan di Greece, akan didapati bahawa ada perbezaan yang amat ketara dengan sejarah leksikografi yang berlaku di Alam Melayu. Di India dan di Barat, dorongan untuk menyusun kamus terbit daripada keperluan untuk memperjelas makna kata atau ungkapan yang sukar difahami yang terdapat dalam kesusasteraan klasik masing-masing. Dengan demikian, kamus terawal yang dihasilkan dalam tamadun India dan Barat ialah kamus yang berbentuk ekabahasa.

BAHASAPenerbitan
SAYID ALWI TAHIR AL-HADDAD

SAYID ALWI TAHIR AL-HADDAD (1884-1962), ulama dan cendekiawan Islam.  Dia lahir pada 7 Ogos 1884 di Hadramaut, Yaman, Arab Saudi. Dia berasal daripada keturunan Arab Sayid Alawiyah.  Sayid Alwi terdidik dalam keluarga ulama yang disegani.  Bapanya, Tahir al-Haddad, adalah seorang tokoh ulama di Hadramaut. Sebelum sampai di Tanah Melayu, Sayid Alwi pernah menjadi kadi di Hadramaut.  Dari Hadramaut dia berhijrah ke Somalia dan Kenya.  Seterusnya, dia ke Nusantara bagi tujuan menyebarkan dakwah Islamiah.  Kedatangannya ke Nusantara adalah hasil dorongan rakan karib keturunan Sayid Alawiyah yang sudah berada di rantau Nusantara sejak beberapa abad sebelumnya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas