Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dragon


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GILT DRAGON UMUM 
THIELE, COLIN

Thiele, Colin (1920– ) ialah penulis Australia

yang dikenali terutamanya kerana buku kanak-kanaknya.

Antara buku kanak-kanak tersebut

termasuk Storm Boy (1963), February Dragon ,

(1965), Blue Fin (1969), MagpieIsland (1974),

Chadwick’s Chimney (1980), Seashores and

Shadows (1985) dan Stories Short and Tall (1989).

Cerita Storm Boy dan Blue Fin telah difilemkan.

UMUM 
TENNANT, KYLIE

Tennant, Kylie (1912–1988 ) ialah pengarang

Australia yang memperoleh reputasi utama sebagai

penulis novel dengan terbitnya Tiburon pada tahun

1935, dan The Battlers (1941). Tiburon memenangi

S.H. Prior Memorial Prize pada tahun 1935. Novel

Tennant yang lain, termasuklah Foveaux (1939), Ride

On, Stranger (1943), dan The Honey Flow (1956).

Gayanya terserlah melalui pemikiran, semangat,

kelucuan dan kebijaksanaan. Beberapa buah bukunya

menyentuh masalah masyarakat. Dia juga menulis

drama. Dramanya, Tether a Dragon, memenangi

Commonwealth Jubilee Stage Play Competition pada

tahun 1952. Pada tahun 1960, dia memenangi

Children’s Book Award dengan bukunya yang

berjudul All the Proud Tribesmen . Tennant lahir di

Sydney.

UMUM 
MONITOR

Monitor ialah nama bagi sekumpulan kira-kira 30

jenis cicak yang hidup di Kepulauan Solomon, New

Guinea, Australia, Hindia Timur, Asia Selatan, dan

Afrika. Di Australia, monitor dikenali sebagai

goanna . Monitor mempunyai kepala dan leher

yang panjang dan lidah yang sempit bercabang

dalam. Badannya berwarna hitam atau perang

berjalur-jalur, berbintik-bintik atau bertelau-telau.

Kakinya pendek dan kuat, dan hujung ekornya

seperti cemeti. Biasanya panjang monitor

sekurang-kurangnya satu meter. Satu spesies

biasanya komodo dragon, berukuran tiga meter

panjangnya. Ia hidup di Kepulauan Sunda Kecil, di

Indonesia.

UMUM 

Kembali ke atas