DRAM | Dram ialah mana-mana anggota lebih kurang 200 spesies ikan. Sesetengah dram dikenali sebagai <I>croakerI>. Dram ini mendapat namanya daripada bunyi yang dihasilkan oleh sesetengah spesies. | UMUM | |
DRAM BONGO | Dram bongo ialah alat muzik genderang. Dram bongo, sering dikenali sebagai <I>bongo I>biasanya digunakan sebagai alat ritma dalam muzik Amerika Latin, tetapi ia dimainkan dalam muzik rock dan jaz. | UMUM | |
TIMBANGAN APOTEKARI | Timbangan apotekari ialah satu sistem timbang yang pada satu masa dahulu digunakan secara meluas oleh pakar farmasi bagi tujuan preskripsi. Sistem timbang ini membahagikan setiap paun kepada 12 auns, setiap auns kepada 8 dram, setiap dram kepada 3 skrupel dan setiap skrupel kepada 20 grain. Dalam sistem apotekari dan troy, 5760 grain menjadikan 0.37 kilogram. Dalam sistem avoirdupois ada 7000 grain dalam 0.45 kilogram. Lihat juga Sistem metrik; Timbangan dan ukuran. | UMUM | |
KRUPA, GENE | Krupa, Gene ( 1909–1973) ialah pemuzik jaz pertama yang mempopularkan dram sebagai alat muzik solo. | UMUM | |
ORKESTRA | Orkestra ialah kumpulan pemuzik yang bermain pelbagai alat muzik bersama-sama. Sesetengah orkestra Afrika dan Asia mengandungi alatan genderang, seperti dram, gong, dan zilofon. Tetapi di kebanyakan negara Barat, kumpulan muzik dianggap sebagai orkestra hanya jika ia memasukkan biola atau alatan bertali yang lain. Orkestra berbeza daripada kumpulan muzik yang mengandungi sebahagian besarnya oleh alat tiupan dan alat genderang. | UMUM | |
THE WHO | The Who , menjadi salah sebuah kumpulan penyanyi yang paling popular dalam sejarah muzik rock British. The Who, pada mulanya terdiri daripada pemain gitar, Peter Townshend (1945– ); penyanyi utama, Roger Daltrey (1945– ); pemain bes, John Entwistle (1946– ); dan pemain dram, Keith Moon (1947–1978). Selepas Keith Moon meninggal dunia disebabkan dos dadah yang berlebihan, Kenney Jones menjadi pemain dramnya. Pada tahun 1989, Jones digantikan oleh Simon Phillips. Kebanyakan muzik The Who digubah oleh Townshend. | UMUM | |
MINIM | Minim ialah unit sukatan cecair paling kecil dalam sistem sukatan apotekari. Ahli farmasi pernah menggunakan sistem ini, tetapi kini mereka menyukat banyak preskripsi dalam unit metrik. Satu minim bersamaan 0.0616 mililiter, atau sentimeter padu. Dalam sistem apotekari, satu minim bersamaan satu titik, dan 60 titik bersamaan satu dram cecair. Perkataan <i>minim i>berasal daripada perkataan Latin <i>minimusi>, yang bermakna <i>palingi> <i> kecil. i> | UMUM | |
AVOIRDUPOIS | Avoirdupois ialah sistem timbangan untuk barang dagangan biasa yang agak besar, seperti batu arang, bijirin, atau bahan makanan. Sistem ini telah digunakan di Komanwel British dan Amerika Utara, tetapi sebahagian besarnya telah digantikan dengan sistem metrik. Perkataan <i> avoirdupois i> berasal dari perkataan Perancis bermakna <i> barang-barang i> <i> berat i> . Asas sistem ini ialah paun, yang bersamaan dengan 0.45 kilogram. Satu paun avoirdupois mengandungi 7000 grain. Ia dibahagikan kepada 16 auns, setiap auns bersamaan dengan 16 dram. Paun Troy dan apotekari, digunakan untuk menimbang logam berharga dan permata, yang bersamaan dengan 0.37 kilogram, dan mengandungi 5760 grain. Paun ini dibahagikan kepada 12 auns. Dalam sistem yang menggunakan paun, berat grain adalah sama – 65 miligram. Rencana berkaitan dalam <i> Ensiklopedia Dunia i> termasuk: Auns Paun Berat Timbangan dan ukuran | UMUM | |
ORKESTRA RTM | ORKESTRA RTM, kumpulan pancaragam yang ditubuhkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, Orkes Radio Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1956 diberi nama Orkes Tiga Serangkai. Orkes ini dipimpin oleh Alfonso Soliano yang juga pemain piano dan dianggotai oleh Mahadzir Yassin, pemain dabal bes dan J.J. Villinguez, pemain dram. Orkes ini menyediakan rancangan muzik untuk siaran. Semasa diadakan Pertandingan Mencipta Lagu Kebangsaan dan Bintang Radio yang bertujuan untuk mencungkil bakat pencipta lagu dan penyanyi, orkes ini mempunyai lapan orang ahli dan ditukar nama kepada Orkes Studio Puspa Irama. | BUDAYA | Kegiatan |