Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata drama's


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENANDER

Menander (342?–291? S.M.) ialah penulis drama

Yunani yang mengarang lebih 100 buah komedi.

Karyanya hanya diketahui melalui fragmen

lakonannya, adaptasi plotnya oleh penulis drama

Rom, Plautus, dan Terence dan satu-satunya

lakonan lengkap Dyscolos. Drama ini, yang mula-mula

dipentaskan pada tahun 315 S.M., hanya

dijumpai semula pada tahun 1959.

UMUM 
SENECA, LUCIUS ANNAEUS

Seneca , Lucius Annaeus (4 S.M.?–65 M.) ialah

negarawan Rom, penulis, dan ahli falsafah Stoik.

Karya-karyanya yang masih wujud termasuk 12

esei falsafah, 124 surat dan satu esei meteorologi,

satu satira dan sembilan drama tragedi. Drama

tragedinya mengadaptasi subjek yang digunakan

oleh penulis drama Yunani. Tetapi drama

tragedinya, melodrama yang hebat, ganas penuh

dengan bahasa retorik. Fokusnya adalah pada

kepercayaan orang Stoik bahawa malapetaka

berlaku apabila nafsu memusnahkan taakulan.

Drama ini banyak mempengaruhi drama tragik di

Itali, Perancis dan England pada zama Elizabeth.

UMUM 
KAUFMAN, GEORGE S.

Kaufman, George S. (1889–1961) ialah penulis

drama Amerika. Dia telah menulis lebih 40 buah

drama dan komedi muzikal, yang hampir

kesemuanya adalah hasil kerjasama dengan

pengarang lain. Hasil karyanya yang terkenal ialah

komedi satira yang bertenaga.

UMUM 
ALBEE, EDWARD

Albee, Edward (1928– ) ialah penulis drama

yang menggunakan pelbagai gaya dengan meluas,

daripada kenyataan kepada fantasi. Albee

mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui

drama Who’s Afraid of Virginia Woolf? (1962).

Drama realistik ini berkisar tentang penelitian

perjuangan kuasa dan gabungan kekejaman dan

percintaan dalam perkahwinan.

UMUM 
TERENCE

Terence (195?–159? S.M.) ialah penulis drama

komedi Rom. Karya dramanya, pada dasarnya,

merupakan versi Latin daripada jalan cerita Yunani.

Karya-karyanya lebih halus berbanding dengan

karya-karya Plautus, dan ditandai gaya penulisan

yang tulen, binaan cerita yang teliti, dan gambaran

sifat yang baik. Kesemua enam karya drama

komedinya masih boleh dibaca dan dipentaskan.

UMUM 
MOLNÁR, FERENC

Molnár, Ferenc (1878–1952) ialah penulis drama

Hungary yang terkenal pada zamannya. Dia menulis

drama komedi romantik dengan dialog yang lucu.

Dalam The Guardsman (1910), seorang suami yang

cemburu, berpura-pura menjadi musuhnya sendiri.

The Glass Slipper (1924) mempersembahkan drama

komedi berdasarkan kisah Cinderella. Liliom (1909)

sebuah drama yang lebih serius mengenai taman

hiburan, kemudiannya yang menjadi asas kepada

drama muzikal Rodger dan Hammerstein, Carousel

(1945). Antara drama komedi Molnár yang lain,

termasuklah The Devil (1907), The Swan (1920), dan

The Play’s the Thing (1926).

UMUM 
ERVINE, ST. JOHN

Ervine, St. John (1883–1971) ialah penulis novel

dan drama Ireland terkenal dengan novelnya

yang paling dikenali Mrs. Martin’s Man (1914),

dan drama Mixed Marriage (1911), Anthony and

Anna (1926), dan Robert’s Wife (1937).

UMUM 
SHERWOOD, ROBERT EMMET

Sherwood, Robert Emmet (1896–1955),

penulis drama, wartawan, dan periwayat Amerika

yang menekankan keburukan peperangan dalam

penulisannya. Dramanya, iaitu Idiot’s Delight (1936)

meratapi ketibaan meletusnya peperangan di

Eropah. Abe Lincoln in Illinois (1938) menggunakan

kata-kata Lincoln untuk menunjukkan betapa

perlunya tindakan tegas ketika berhadapan dengan

peperangan. There Shall Be No Night (1940)

menentang perlanggaran Kesatuan Soviet ke atas

Finland. Ini juga adalah pendirian Sherwood

terhadap apa yang disebut sebagai keinginan

setiap manusia untuk melarikan diri daripada

kenyataan. Ketiga-tiga drama ini memenangi

Hadiah Pulitzer.

UMUM 
W.S. RENDRA

W.S. RENDRA (1935 -     ), penyair Indonesia.  Dia lahir pada 7 November 1935 di Solo, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Willibrordus Surendra Broto. Selepas memeluk agama Islam, dia menukar namanya kepada Wahyu Sulaiman.  Rendra mendapat pendidikan di Fakulti Sastra, Universitas Gadjah Mada, Indonesia dan American Academy of Dramatical Arts, Amerika Syarikat.  Setelah kembali ke Indonesia pada tahun 1968, dia menubuhkan Bengkel Teater.  Antara muridnya ialah Putu Wijaya.  Melalui Bengkel Teaternya, Rendra menghasilkan teater yang lain daripada drama biasa.

SASTERATokoh
S.M. ARDAN

S.M. ARDAN (1932 -      ), penulis dan penggiat drama Indonesia.  Dia lahir pada 2 Februari 1932 di Medan, Sumatera Utara, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Sahmardan.  S.M. Ardan mendapat pendidikan Sekolah Rakyat pada tahun 1948, Sekolah Menengah Pertama (SMP) pada tahun 1951 dan Sekolah Menengah Atas (SMA) pada tahun 1954, di Taman Siswa Jakarta.

SASTERATokoh
123

Kembali ke atas