Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dra.ma.tik] | دراماتيک

Definisi : 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menim­bulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb): dia menceritakan kisah ~ yg menimpa dirinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dramatik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORATORIO

Oratorio ialah gubahan muzik dramatik untuk

penyanyi. Kebanyakan oratorio adalah berdasarkan

cerita keagamaan. Ia dipersembahkan oleh

penyanyi solo, korus dan satu orkestra tanpa

sebarang lakonan, kostum atau latar belakang

pentas. Penyanyi solo menggambarkan pelbagai

watak dalam cerita, tetapi korus menonjolkan

peranan utama. Walaupun tidak terdapat lakonan

atau latar belakang, kesan teater seperti api dan

ribut boleh dilakukan oleh penyanyi dan orkestra.

Kebanyakan oratorio mempunyai seorang

pencerita yang memperkenalkan penyanyi solo

dan memberi maklumat lanjut tentang cerita.

UMUM 
KANTATA

Kantata ialah satu bentuk muzik vokal dramatik.

Kantana boleh digubah daripada suara solo atau

gabungan beberapa suara solo dan sebuah korus.

UMUM 
ADAMS, ANSEL

Adams, Ansel (1902–1984) ialah jurugambar

Amerika yang terkenal kerana gambar yang

dramatik tentang bahagian barat Amerika Syarikat.

Dia mengambil gambar landskap yang luas yang

termasuk gunung-ganang, hutan, dan sungai.

Minatnya untuk memelihara alam semula jadi

mendorongnya menjadi aktif dalam gerakan

pemuliharaan alam sekitar.

UMUM 
OPERA

Opera ialah drama yang pelakonnya

menyanyikan, bukan mengucapkan, semua atau

sebahagian besar dialognya. Jalan ceritanya kerap

kali sangat dramatik, menggambarkan perasaan

yang mendalam yang biasa dialami oleh manusia

sepanjang zaman. Beberapa opera yang paling

masyhur memaparkan unsur yang sangat tragik.

Opera berkemungkinan merupakan yang paling

kompleks antara semua bentuk kesenian. Ia

menggabungkan lakonan, nyanyian, muzik

orkestra, kostum, pemandangan, dan sering kali

balet atau beberapa bentuk tarian yang lain.

UMUM 
DUNKERQUE

Dunkerque (pend. 73 120; pend. kaw. met.

200 000) ialah pelabuhan Perancis dan pusat

kawasan industri serta tempat pemindahan tentera

Berikat yang penuh dramatik dalam Perang

Dunia II.

UMUM 
OBERAMMERGAU

Oberammergau (pend. 4664) ialah kampung

Bavaria yang terletak 72 kilometer ke barat daya

Munich di selatan Jerman [lihat Jerman [(peta

politik)]. Ia terkenal kerana persembahan Passion

Play , yang biasanya diadakan sekali setiap 10 tahun.

Pertunjukan dramatik ini, yang menarik beribu-

ribu orang pelancong, memaparkan penderitaan

dan kematian Jesus Christ. Penduduk di sini

mengambil bahagian memainkan semua watak.

Persembahan ini mula dipentaskan pada tahun

1634.

UMUM 
DOSTOEVSKY, FYODOR

Dostoevsky, Fyodor (1821–1881) merupakan

salah seorang penulis paling terkemuka dalam

kesusasteraan Rusia. Hasil karya Dostoevsky yang

terbaik ialah novel tentang idea yang mengandungi

watak hebat. Watak yang bersifat individu dan

kompleks biasanya menghasilkan plot yang

dramatik. Tema novelnya ialah persaingan hebat

antara watak baik dengan jahat yang mencuba mempengaruhi jiwa manusia.

UMUM 
DRAMATARI

Dramatari ialah seni persembahan yang menggabungkan pengutaraan cerita dengan pengisian elemen tari dalam gaya dramatik.

KESENIANDrama/Filem/Teater/Persembahan
TANGO

Tango ialah sejenis tarian Amerika Latin yang

pertama menjadi popular di peringkat antarabangsa.

Ia merupakan sejenis tarian berdansa berentak

perlahan atau kali diaksenkan dengan cara yang

tidak sama. Pasangan penari akan meluncur dengan

perlahan dan lancar mengikut pelbagai langkah.

Mereka bertukar rentak, dari langkah yang panjang

dan perlahan ke langkah yang pendek dan cepat.

Muzik yang digunakan untuk tarian ini dikenal

sebagai tango dan sungguh dramatik.

UMUM 
SCOTT, SIR WALTER

Scott, Sir Walter (1771–1832) ialah penulis

romantik Scotland. Dia menulis novel sejarah yang

dipopularkan dalam satu siri karya yang panjang

dikenali sebagai Novel-novel Waverley . Dalam

novelnya seperti Ivanhoe, The Heart of

Midlothian , dan The Talisman , Scott

menunjukkan kebijaksanaannya yang unik

mencipta sejarah sosial. Dia mengatur plot dan

watak dalam karyanya supaya pembaca dapat

menyelami kehidupan kedua-dua golongan

bangsawan dan golongan biasa yang terdapat

dalam perubahan sejarah yang ganas dan

dramatik.

UMUM 
12

Kembali ke atas